Viral

Ramai Nak Kurus Cepat, Ubat Diabetes Ozempic Terpaksa Dicatu?

gempak
Firdaus
02/05/2024
10:25 MYT
Sponsor Banner
Ramai Nak Kurus Cepat, Ubat Diabetes Ozempic Terpaksa Dicatu?
Selain pembedahan bariatrik atau potong usus yang dilakukan dalam usaha menurunkan berat badan, salah satu cara lain yang cukup popular saat ini adalah pengambilan ozempic.

Ozempic Dicatu?

Oleh sebab itu, menerusi satu notis yang diterterakan di sebuah hospital, ubat tersebut didapati mengalami kekurangan stok sehingga dicatu oleh pihak pembekal.
"Harap maklum bahawa bekalan stok Ozempic 1mg dan 0.25mg Prefilled Pen (Semaglutide) terkesan kerana catuan daripada pihak pembekal.
"Kami juga tidak menerima sebarang kemas kini daripada pihak pembekal apabila bekalan Ozempic kembali kepada normal.
"Pesakit diminta supaya berbincang dengan doktor untuk alternatif lain sehingga bekalan kembali stabil," maklum hospital itu.

Ozempic Disalahguna Untuk Kurus?

Ozempic merupakan ubat diabetes yang digunakan oleh pesakit kencing manis namun kebelakangan ini disalahguna oleh golongan obses kurus dengan cara tanpa bersenam.
Difahamkan dalam satu kajian, Ozempic dapat membantu orang yang mengalami obesiti untuk mengurangkan berat badan dengan ketara.
Saintis-saintis memuji ubat itu sebagai elemen pencetus perubahan apabila kesannya boleh dilihat dengan pengambilan dos secara mingguan.
Dalam percubaan selama 72 minggu, peserta kajian didapati hilang kira-kira 20 peratus berat badan mereka. Laporan itu diterbitkan dalam New England Journal of Medicine.

BERITA TRENDING: Selain Bariatrik, Ramai Nak Kurus Guna Ozempic Tapi Ini Natijahnya

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024