Hiburan
Pulih Dari Covid-19, Dewi Perssik Mandi 5 Kali Sehari
Selepas pulih dari pandemik Covid-19, penyanyi dangdut Indonesia, Dewi Perssik mendedahkan dia paranoid hingga sanggup mandi lima kali sehari.
Jelas Dewi atau lebih mesra disapa Depe, tindakannya itu atas dasar untuk menjaga kebersihan diri dan mengelakkan daripada dijangkiti virus sama lagi selepas ini.
"Terlalu sihat sebetulnya. Semalam saya mandi sampai lima kali.
"Itu kerana saya terlalu kerap bersukan. Jadinya, kalau kurang bersih macam mana/
"Segala sesuatu yang berlebihan ternyata tidak baik. Sekarang saya akan lebih menjaga jarak dengan sesiapa pun kerana masih trauma," katanya ketika ditemuramah di Trans TV pada Isnin.
Berkongsi lebih lanjut perihal kesakitannya, kata Depe penyakit Covid-19 merupakan kesakitan paling teruk pernah dialaminya.
"Rasa sakitnya tak pernah saya rasakan. Saya pernah demam, tapi bukan begini.
"Saya batuk, tapi bukan begini. Kalau sesak baru kali ini saya rasakan. Saya juga baru rasakan alergi teruk," tambahnya.
Depe menganggap penyakit terbabit sebahagian daripada ujian Tuhan.
"Sampai saya berfikir, Ya Allah, semoga itu meluruhkan dosa-dosa aku... Kerana aku kan manusia, banyak dosa," kata Depe lagi.