Filem yang menjadi buah tangan terbaru sutradara Syafiq Yusof, Abang Long Fadil 2 sudah memulakan tayangan di pawagam seluruh Malaysia semalam.

Membariskan nama-nama besar seperti Zizan Razak, Datuk AC Mizal, Syamsul Yusof, Shuib Sepahtu, Achey, Wak Doyok, A. Galak dan ramai lagi, filem ini mendapat respon baik penonton biarpun baru sahaja ditayangkan.

Menerusi pemerhatian di laman Twitter dengan carian menggunakan kata kunci Abang Long Fadil 2, rata-rata netizen terhibur dengan filem terbitan Skop Production dan Astro Shaw ini.

Rata-rata penonton yang sudah menyaksikan filem ini di pawagam memuji jalan cerita yang disajikan oleh Syafiq di laman Twitter.

Malah, ada juga netizen yang memuji 'plot twist' serta lakonan aktor yang disifatkan sebagai terbaik.

Berbeza dengan siri filem pertama yang menampilkan gangster kampung sebagai subjek, Abang Long Fadil 2 menjanjikan perbezaan dengan mengangkat tema mafia.

Berikut merupakan respon penonton di laman Twitter:









Jangan lupa untuk menyaksikan Abang Long Fadil 2 di pawagam sekarang!

Teks oleh: Kamaruddin Razal