Yang Teramat Mulia Pengiran Muda Abdul Mateen Bolkiah dan Yang Mulia Dayang Anisha Rosnah Adam secara rasmi melangsungkan majlis pertunangan hari ini.

BERITA TRENDING: Prince Mateen Kongsi Foto Dengan Bakal Isteri, Netizen Gembira Tapi … - “2024 Hari Patah Hati…

Memetik Borneo Bulletin, Majlis Istiadat Menerima Tanda Diraja dan Pertunangan Diraja berlangsung di Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan.

A post shared by Borneo Bulletin (@borneobulletin)


Sebelum itu, Istiadat Menghantar Tanda Diraja dan Pertunangan Diraja berlangsung dengan rombongan Pengantin Diraja Lelaki menyampaikan hantaran pertunangan dikenali sebagai ‘Tanda Diraja’ kepada rombongan Pengantin Diraja Perempuan.

PILIHAN PEMBACA: Cantik, Pandai Memasak & Suka Bersenam, Ini Lapan Trivia Menarik Bakal Isteri Prince Mateen

Yang Maha Mulia Pengiran Maharaja Setia Diraja Sahibul Irshad Pengiran Abdul Rahim mengetuai delegasi Pengantin Diraja Lelaki ke atas rombongan Pengantin Diraja Perempuan dengan hantaran pertunangan disempurnakan mengikut adat dan tradisi Diraja Brunei.

Turut berkenan berangkat ke istiadat tersebut ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik Sultan Hassanal Bolkiah.

Istiadat perkahwinan pasangan diraja itu akan berlangsung selama 10 hari, dimulakan dengan Majlis Istiadat Bersuruh Diraja, yang berlangsung pada 7 Januari lalu.

Acara puncak iaitu Majlis Bersanding Pengantin Diraja akan berlangsung di Istana Nurul Iman pada 14 Januari.

Pasangan diraja itu kemudian akan menyertai perarakan mengelilingi ibu kota Brunei, Bandar Seri Begawan, manakala majlis resepsi pula dijadual diadakan pada malam 15 Januari.

Sumber: Awani