BERITA
Puteri Aishah Mahu Dikenali Dari Kerjaya Lakonan Bukan Kisah Peribadi
Pelakon Puteri Aishah akui mahu dirinya dikenali kerana hasil lakonannnya.
Puteri Aishah berkata jika boleh dia mahu elak peminat mengenalinya hanya dari kisah peribadinya.
"Sebenarnya kalau boleh, memang saya nak orang nampak saya daripada hasil kerja dalam lakonan bukan sebab popular dengan gosip peribadi.
"Saya bukan seorang yang suka menjaja kisah peribadi secara umum. Tapi benda itu secara tidak langsung, orang nak cungkil dan saya hanya beritahu benda yang betul.
"Cuma kadang-kadang ada sahaja orang yang sebar perkara yang tidak betul," katanya kepada Astro Gempak.
Terdahulu Puteri dikatakan sedang menjalinkan hubungan cinta dengan usahawan terkenal, Datuk SM Faisal SM Nasimuddin.
Namun pelakon wanita itu telah menafikan gosip tersebut.
Puteri Aishah yang baru bertapak tiga tahun dalam industri seni itu bagaimanapun akur jika kisah peribadinya lebih menjadi perhatian ramai.
"Jika hendak diikutkan, saya masih baru lagi dalam industri. Ada saja drama dan telemovie saya yang bagus-bagus tapi mungkin bukan rezeki drama itu meletup seperti yang lain-lain.
"Jadi sebab itu cerira mengenai peribadi saya lagi orang nak tahu dan lebih menjadi tular daripada drama saya tak boleh buat apa,” katanya lagi.
Mengenai perkembangan terbaru Puteri bakal muncul dalam filem Pulang yang akan menjengah pawagam bermula 26 Julai ini.
Filem arahan Kabir Bhatia itu membariskan pelakon lain seperti Remy Ishak, Datuk Jalaludin Hassan, Juliana Evans dan Azrel Ismail.
Teks oleh: Syafiqah Jalal