Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Puteri Ameerah Curi Tumpuan Ramai Ketika Hadiri Istiadat Pertabalan YDP Agong – “Cantik Macam Bonda Dia”

Gempak
20/07/2024 13:25 MYT
Puteri Sultan Brunei, Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah, mencui tumpuan warganet apabila hadir pada Majlis Istiadat Pertabalan Sultan Ibrahim sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 di Istana Negara, hari ini.

Penampilan Curi Tumpuan


Menerusi perkongsian sebuah akaun di Instagram (IG), Puteri Ameerah dilihat jelita dan manis ketika berjalan memasuki Balairung Seri, Istana Negara bersama kerabat diraja Brunei.

Tampil segak berbusana kurung moden serba kelabu, ternyata penampilan Puteri Ameerah menjadi sorotan ramai di media sosial.

Rata-ratanya memuji kecantikan paras rupa dan keanggunan puteri bongsu Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah itu apabila disolek oleh jurusolek terkemuka, Najeeb Azami.

Wajah Persis Ibunya

Malah tidak kurang juga ramai menyamakan puteri itu persis ibunya, bekas pengacara dan wartawan, Azrinaz Mazhar Hakim.

“MasyaAllah, anak ibu sangat,” komen netizen.

“Stunning like her mother,” tulis warganet.

“Cantik macam bonda dia,” komen netizen lain.

“Manis betul dia ni,” puji seorang netizen.

Untuk info, Puteri Ameerah yang dilahirkan di Bandar Seri Begawan, 28 Januari 2008 adalah anak ke-12 Sultan Brunei dan anak bongsu baginda dengan bekas isteri, Azrinaz.

Selain Puteri Ameerah, Azrinaz turut memiliki seorang anak lelaki bersama Sultan Brunei iaitu Putera Abd. Wakeel.

Azrinaz mendirikan rumah tangga dengan Sultan Hassanal Bolkiah pada 20 Ogos 2005 dan berpisah pada 2010.

Azrinaz mendirikan rumah tangga semula bersama Firoz Khan Abdul Hamid yang juga bekas rakan sekerjanya pada 1 Mei 2018. Hasil perkahwinan, Azrinaz dan suaminya dikurniakan dua cahaya mata iaitu Areesya Malaykha, 5 dan Atheera Medinah, 3.

ARTIKEL BERKAITAN: Anna Jobling Kongsi Momen 'Princess Talk' Bersama Puteri Ameerah

#Azrinaz Mazhar Hakim #Sultan Brunei #YDP Agong #Istiadat Pertabalan Agong #Puteri Ameerah
;