Skip to main content

Berita Tempatan

Puteri Fizo Omar & Mawar Tukar Baju Lebih 10 Kali Sehari

befunky-collage_10.jpg
Pelakon dan usahawan, Fizo Omar berkongsi cerita mengenai baju anak sulungnya, Wan Maryam.

Fizo mendedahkan kisah tersebut menerusi sebuah entri yang dimuat naik olehnya beberapa hari lalu di laman Instagram.

Fizo Omar dan isterinya, Mawar Abdul Karim mempunyai pelbagai koleksi baju bayi yang dikumpul sejak mereka mendirikan rumah tangga lima tahun lalu.
 
 

Mummy pulak yg semangat pakaikan baju ducati utk Cik Yam teman daddy layan #dutchgp hari ni. . 5 tahun lepas masa Daddy ngn Mummy honeymoon di Italy excited sgt nak beli baju baby, setiap tempat kami pergi benda yg wajib beli adalah baju baby.biasa lah pasangan yg baru kahwin semuanya excited nak dpt baby dan selalunya tak tggu lama nak dpt zuriat. . Hari demi hari menunggu sehinggalah masuk tahun ke4 perkahwinan, tak dapat juga zuriat.macam2 cara di cuba dan ikhtiar.perasaan saya sgt yakin yg satu hari Allah akan izinkan kami utk berzuriat.baju baby tak yah ckp lah, confident je beli dah mcm ada anak ramai je kt rmh tu. . Tak pernah give up mahupun stress dgn soalan "bila nak dapat anak?"...doa dan terus berdoa,akhirnya Allah izinkan bila dia tahu kami sudah bersedia utk jadi parents. . So tak heranlah kalau mummy dia tukar baju Cik Yam ni 1 hari sampai lebih 10 kali,sebab stock baju ni dah kumpul hampir 5 tahun dah. . Daddy plak,bila tgk Cik Yam pakai baju yg kami 'confident' je beli dulu,buatkan saya rasa bersyukur dan meraikan kemenangan bersabar yg susah utk sya explain erti kepuasannya. . #wanmaryam #cikyam #fizomawar

A post shared by fizoomar (@fizoomar) on


Disebabkan itu, setiap hari Mawar akan menukar baju Wan Maryam lebih sepuluh helai dalam sehari.

Fizo Omar berkahwin dengan Mawar pada 10 November 2013 dan dikurniakan Wan Maryam pada 29 Disember 2017.


Teks: Noor Zulaikha Yusof

Advertisement

Must-Watch Video