Anak saudara kepada Maharaja Jepun, Puteri Mako bersedia untuk mengahwini teman lelakinya yang merupakan rakyat biasa dan melepaskan status diraja.

Memetik laporan The Times, Puteri Mako bakal mengahwini Kei Komuro pada akhir tahun ini dan perkahwinan itu akan berlangsung secara sederhana.

Di bawah undang-undang diraja Jepun, wanita daripada keluarga diraja dilucutkan status kerabat jika mengahwini rakyat biasa.

Pasangan berusia 29 tahun itu pertama kali bertemu di universiti di Tokyo pada 2012.



Mereka juga dijangka akan berpindah ke Amerika Syarikat. Komoru dikatakan akan bekerja di sebuah firma guaman di New York.

Komuro telah melamar puteri Mako sewaktu mereka makan malam pada Disember 2013 dan menjalinkan percintaan jarak jauh secara senyap.

Puteri Mako merupakan graduan Universiti Leicester di United Kingdom dalam bidang pengajian galeri dan muzium seni.

Adinda Mako, Putera Hisahito, 14, kini berada di kedudukan kedua mewarisi takhta dan satu-satunya pewaris generasinya di bawah undang-undang diraja Jepun.

Kredit foto: Japan Insider