Isteri kepada pelakon dan pengarah kontroversi Syamsul Yusof, Puteri Sarah Liyana tampil menjawab semula dakwaan suaminya pada petang Jumaat berhubung masalah rumah tangga mereka.

BACA: Syamsul Yusof Mengaku Nikahi Ira Kazar Di Thailand

Dedah Puteri Sarah, dia terpaksa tampil bersuara bagi memperbetulkan beberapa fakta yang dianggap tersimpang sekali gus memburukkan namanya.

"Saya menjawab beberapa soalan kepada video tadi, kerana saya rasa perlu perbetulkan beberapa fakta yang misleading yang keluar dari pihak Syamsul.

"Pertamanya saya ucapkan tahniah akhirnya mengaku juga selepas diasak, cuma saya rasa pelik sebab baru beberapa hari you kata you tak berkahwin, you kata itu fitnah dan sekarang you mengaku dan kata nak saman Jawi pula kan?

Tak nak bersubahat

"You kata baliklah bincang dengan you. I just pelik selepas empat tahun hal ini berlaku pasal you dengan dia, I beri you peluang bercakap tapi you tak cakap apa pun.

"Banyak kali I tanya you nak kahwin dengan dia tak? You kata tak nak. Bukan dengan I saja, dengan keluarga dan kawan-kawan pun you kata you takkan kahwin dengan dia.

"Kenapa I suruh you kahwin dengan dia? Sebab I tak nak bersubahat dengan maksiat yang you buat itulah," katanya dalam hantaran video di Instagramnya.

Nombor telefon kena block

Dalam pada itu, Puteri Sarah mendedahkan nombor telefonnya telah disekat oleh Syamsul sejak setahun lalu.

"I nak tunjuk, macam mana I nak berbincang dengan you, you dah block I? Sampai sekarang! Kalau you unblock I, I boleh bincang. Dah setahun you block I.

"Kenapa I perlu tinggal bersama parents you dan keluarga I? Sebab I perlu orang untuk menjaga dan membesarkan anak-anak. You tak ada, tinggalkan kami.

"Kenapa perlu pergi rumah mak you dan rumah mak I? Kerana you tiada. You sepatutnya bertanggungjawab besarkan anak-anak bersama sebagai seorang ayah. Mana?

"I terpaksa terkontang-kanting jaga mereka, terpaksa jawab soalan mana ayah mereka. Setiap kali saya kena tipu 'ayah work'. Lepas ni kita selesaikan dalam mahkamah. Saya tak nak dah, beban seorang diri jawab segala soalan anak-anak," tambahnya.

Keluar rumah 2020

Kata Puteri Sarah lagi, dia telah keluar dari rumahnya bersama Syamsul sejak tahun 2020 dengan pengetahuan keluarga masing-masing.

"Setahu I tahun lepas, you balik kat I. You pesan jangan beritahu sesiapa, ketika itu saya percayalah. Rupa-rupanya sebab you takut dengan belah sana. Masa I keluar rumah tahun 2020, saya tak perlu cerita sekarang, nanti buka aib.

"Mak you dan bapa you ada sekali. Kalau you kata tak izinkan, patutnya cakap masa itu. Tapi I salam you. Lepas tu you tahu I kat mana, satu Malaysia tahu. I letak kat IG, tahu pergerakan I.

"Masa you ambil anak-anak, you tahu I ada kat rumah. Come on lah Mohd Syamsul, I bukan kat Thailand yang you tak boleh cari I. Kalau you unblock I, you boleh call I, ajak bincang.

"You kata stop guna media sosial. Bila media tanya, I cakap you seorang ayah baik, datang jumpa anak-anak dan memberi nafkah. Buktinya ada kalau you Google. Macam mana boleh timbul fitnah itu?

"You tak ada pun datang nak berbincang, siapa yang lari sebenarnya?" kata Puteri Sarah yang memohon agar Syamsul tidak lagi menuding jari kepada pihak lain.

A post shared by Puteri Sarah Liyana Megat (@puterisarahliyana)


Syamsul pada Jumaat tampil mendedahkan dirinya telah selamat menikahi wanita yang kerap dikaitkan dengan punca keretakan rumah tangganya bersama Puteri Sarah, Ira Kazar.

Untuk rekod Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan hasil perkongsian hidup itu mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 5 dan Summayah, 3 tahun.