Berdepan isu penyondol, isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi pernah menghubungi aktres Puteri Sarah Liyana yang ketika itu sedang berada di Makkah dan Madinah.

Sarah menerusi siaran langsung (live) di TikTok malam tadi memberitahu Nurul Shuhada memintanya untuk berkongsi cara menangani isu penyondol rumah tangga.

“Sarah berjuang ini bukan untuk Sarah sahaja. Tapi Sarah buat juga untuk wanita-wanita yang teraniaya di luar sana. Sarah bukakan jalan diorang, itu niat Sarah.

“Sarah buka jalan diorang supaya mereka tahu apa nak buat termasuk sebenarnya yang sekarang dah jadi ex wife (bekas isteri) Hafidz Roshdi.

“Masa Sarah di Madinah, dia memang contact Sarah untuk tanya macam mana dan minta Sarah beri guide. Tapi Sarah tak nak beritahu la,” kata Sarah.

Menurut Sarah lagi, dia yang membantu dan membimbing Shuhada dari segi membuat laporan di jabatan agama serta balai polis.

“Dia minta guide daripada Sarah dan dia minta Sarah doakan untuk dia masa Sarah dekat Madinah dan Makkah hari itu. Memang Sarah tolong dia, Sarah guide dia step by step apa nak buat.

“Report polis semua, pergi jabatan agama… Sarah yang guide dia,” kongsi Sarah.

Dalam pada itu, Sarah turut menegaskan dia tidak bercerita mengenai keburukan orang lain dan memohon netizen tidak membuat fitnah terhadapnya.

“Tak, saya tak cerita apa-apa fasal orang. Saya kata saya guide dia, awak yang negatif. Saya tak cerita keburukan siapa. Saya kata saya hanya beri guidance.

“Awak jangan, awak yang dekat sini nak create fitnah ini,” tegas Sarah.

BACA: Shuhada 'Move On' Selepas Diceraikan Hafidz Roshdi-"Dia Tak Sedih Atau Menangis Cuma...."

BACA: Mahu Halang Perintah Injuksi Puteri Sarah Terhadap Ira Kazar, Syamsul Yusof Failkan Permohonan Mencelah

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.