Laman Utama

Shuhada 'Move On' Selepas Diceraikan Hafidz Roshdi-"Dia Tak Sedih Atau Menangis Cuma...."

gempak
Gempak
23/02/2023
23:42 MYT
Sponsor Banner
Shuhada 'Move On' Selepas Diceraikan Hafidz Roshdi-"Dia Tak Sedih Atau Menangis Cuma...."
Adik perempuan kepada Nurul Shuhada Mat Shukri yang mahu dikenali sebagai Sofia, 26, mengesahkan lafaz cerai oleh Hafidz Roshdi dibuat menerusi panggilan telefon di hadapan ahli keluarga.
Menurut laporan mStar Sofia memberitahu lafaz cerai talak satu itu dibuat pada Rabu.
"Memang betul semalam (Rabu) Hafidz dah lafazkan cerai talak satu kepada kakak saya melalui telefon di hadapan semua ahli keluarga masing-masing.
"Hafidz berada di Shah Alam dan kami bersama Shuhada kini di Perlis.
"'Atas persetujuan keluarga untuk berpisah. InsyaAllah Shuhada akan failkan cerai di mahkamah di Kuala Lumpur nanti. Kami sedang bercakap dengan peguam untuk tarikh perbicaraan sebab ia masih dalam proses," katanya pada Khamis.
Berkongsi situasi terkini Shuhada, adik perempuannya yang mahu dikenali sebagai Sofia, 25, berkata kakanya menerima keputusan itu dengan hati terbuka dan dilihat kuat untuk berdepan ujian tersebut.
"Shuhada dalam keadaan stabil dan dia terima perpisahan itu dengan hati terbuka. Dia tidak sedih atau menangis. Bagi pihaknya, dia menerima takdir llahi dan bersyukur terhadap apa yang terjadi sehingga membawa kepada perpisahan.
"Sekarang dia sudah boleh move on dan tidak lagi terkongkong dengan suami. Dia okey sahaja," katanya
Tambah Sofia, perkahwinan kakaknya mungkin tak dapat diselamatkan lagi atas isu kepercayaan yang diroboh.
"Perkara ini (cerai) melibatkan isu kepercayaan dalam hubungan. Apabila sampai sat tahap yang melampaui batas ia mungkin tidak bole diselamatkan lagi.
Mereka sama-sama berbincang sebelum ini dan bercerai adalah keputusan terbaik.
"Saya melihat sendiri pengorbanan kakak berhadapan dengan is rumah tangga mereka... bagi pihak kakak, saya juga bersyukur isu ini selesai dan semoga kebahagiaan lebih baik untuk Shuhada dan anak-anak," kongsinya lagi.
Kemelut rumah tangga Hafidz mula diperkatakan ramai apabila isterinya mendedahkan pelakon itu ada hubungan dengan wanita lain.
Kemudian muncul pula wanita bernama Athira Yuhada yang mengakui Hafidz pernah cuba mendekatinya sejak sembilan tahun lalu.
Bagaimanapun, Athira mengakui kesilapan itu dan memohon maaf kepada Nurul Shuhada kerana sudah mengganggu kebahagiaan rumah tangga mereka.
Namun, Nurul Shuhada dalam perkongsiannya di laman Instagram pula memberitahu dia boleh memaafkan tapi tidak akan melupakan apa yang sudah berlaku.
Untuk rekod, Hafidz mendirikan rumah tangga dengan Nurul Shuhada pada 30 April 2016 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6 dan Umar, 2.
Sumber: mStar
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live