Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Puteri Sarah Liyana Tak Putus Titip Kata Semangat Buat Bella Astillah - “Sebulan Tu Nangis Lah Setiap Hari”

Umirah Halim
19/06/2024 09:55 MYT
Seperti pernah melalui kisah yang sama, pelakon Puteri Sarah Liyana tidak putus memberi kata-kata semangat buat sahabatnya Bella Astillah yang baru sahaja menjalani proses penceraian bersama aktor asal Singapura, Aliff Aziz.

Menerusi perkongsian Instagram Story, Bella telah memuatnaik perbualan di WhatsApp antara dirinya dan Puteri Sarah.

Kata-kata penguat semangat

Berdasarkan perbualan tersebut dapat dilihat Puteri Sarah mengirimkan sebuah video dan sempat menitipkan kata-kata semangat buat Bella agar terus kuat menjalani hidup.

“Thank you kesayanganku sebab selalu bagi semangat, @puterisarahliyana sayang kau,” tulis Bella di dalam perkongsian tersebut.

BERITA TRENDING: Berlatar Belakang Kisah Cinta Terlarang, Drama Baharu Aliff Aziz & Ruhainies Ditayangkan Jumaat Ini

BERITA TRENDING: “Kesian Sebab Mereka Bersungguh Menulis Maki Hamun, Pasti Penat Kan” - Ibu Aliff Aziz

BERITA TRENDING: "Hati Yang Tenang Itu Sangat Mahal Harganya" - Ibu Aliff Aziz Muncul Semula, Panjat Rasa Syukur Selepas Selesai Kes Cerai Anak

Imbas semula, Bella atau nama penuhnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 30, pernah memuji kekuatan Puteri Sarah yang tabah dalam menempuh kemelut rumah tangga dengan bekas suaminya, Syamsul Yusof tahun lalu.

Bella merupakan antara artis yang lantang bersuara dalam media sosial dan sentiasa memberi sokongan kepada Puteri Sarah dan beberapa selebriti wanita yang dilanda masalah rumah tangga.

Untuk info, perkahwinan antara Bella Astillah dan suaminya, Aliff Aziz akhirnya terlerai selepas pasangan ini bercerai talak satu pada 13 Jun lalu.

Sejak Mac lalu, rumah tangga Bella dan Aliff, menjadi topik hangat apabila Aliff didakwa terbabit dalam kes khalwat bersama pelakon, Ruhanies, 32, di sebuah kondominium mewah di ibu negara pada 9 Mac lalu.

BERITA TRENDING: “Saya Menceraikan Isteri Saya Dengan Talak Satu,” - Aliff Aziz, Bella Astillah Sah Bercerai

BERITA TRENDING: Blacklist Nama Ruhainies, A Aida Masih Jaga Ukhuwah Sebagai Kawan - "Bila Jumpa Boleh Salam, Peluk, Cium"

Terdahulu, media melaporkan artis berstatus suami orang dan pasangannya seorang pelakon wanita, dicekup berkhalwat selepas didakwa bersekedudukan di sebuah kondominium mewah.

Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean dan Ara Adreanna yang masing-masing berusia tujuh dan empat tahun.

#Bella Astillah #Bercerai #Puteri Sarah #Aliff #Aziz #Semangat #Kata
;