Laman Utama
Putri Ariani Lahirkan Hasrat Ingin Berduet Dengan Siti Nurhaliza, Ini Jawapan Penyanyi Nombor 1 Negara…
Nama penyanyi dari Indonesia, Putri Ariani tiba-tiba menjadi sebutan ramai gara-gara video penyertaannya dalam America’s Got Talent tular baru-baru ini.
Menerusi rakaman video berkenaan, Putri Ariani dilihat berjaya menambat hati barisan juri, termasuk ketua juri Simon Cowell.
Sehinggakan, Putri Ariana menerima Golden Buzzer yang membolehkan dia terus mara ke pusingan siaran langsung, tanpa mengambil kira pendapat juri yang lain.
Tidak hanya membanggakan negara kelahirannya, Indonesia, Putri Ariani yang juga merupakan orang kurang upaya itu turut menambat hati penonton dari seluruh dunia.
Persembahannya pada sesi uji bakat itu turut ditonton semula oleh satu saluran Youtuber, yang berpendapat suaranya mengingatkan mereka pada Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Siti menerusi Instagram Story menulis: “Masya-Allah adik Puteri Ariani, teruslah berjaya dan terbang tinggi, banggakan ibu bapa mu dan negara mu, serta terus menjaga agama dan jati diri mu,” tulis Siti.
Putri Ariani kemudian membalas: “Terima kasih banyak. Putri suka sangat lagu-lagu Siti, semoga boleh berjumpa, nak sangat berduet,” balas Putri Ariani pula.
Tidak terus mematikan perbualan, Siti kemudian membalas semula menerusi Instagram Story: “Insya-Allah sayang ku,” katanya ringkas.
Must-Watch Video