Hiburan
Putus Cinta Dengan Tom Hiddleston, Taylor Swift Tukar Gaya Rambut
Penyanyi dan komposer, Taylor Swift menukar gaya rambutnya selepas putus cinta dengan pelakon Tom Hiddleston.
Taylor menukar gaya rambut pendek dan berwarna sedikit keemasan itu sebagai tanda memulakan hidup baru.
Penyanyi berusia 26 tahun itu dilihat mempamerkan gaya rambut barunya itu ketika hadir majlis sambutan ulang tahun kelahiran selebriti Liberty Ross baru-baru ini.
Taylor juga dilihat memberi petanda bakal menghasilkan sebuah lagu baharu selepas putus cinta dan sudah mempunyai lagu istimewa yang akan menceritakan tentang cintanya dengan aktor itu.
Lagu tersebut juga dikatakan sudah tersebar di laman sosial apabila video nyanyian seorang wanita yang sama dengan suara Taylor itu dimuat naik oleh seorang rakannya Kelsea Ballerini menerusi akaun peribadi wanita itu.
Video tersebut turut menunjukkan seorang lelaki berada di hadapan komputer dalam keadaan samar-samar terdengar suara Taylor.
Adakah ini merupakan pertanda bahawa Swift memang sudah move on dengan Tom Hiddleston?
Must-Watch Video