Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Qawiy Nafi Terlibat Dengan Jenayah Gangguan Seksual – “Tidak Benar Dan Fitnah”

Gempak
27/05/2024 06:21 MYT
Pempengaruh dan pencita kandungan Qawiy yang terkenal dengan kandungan Tebuk Ngaji menafikan terbabit dalam jenayah gangguan seksual seperti yang ditularkan dalam media sosial sejak hujung minggu lalu.

Qawiy atau nama penuhnya, Abdul Qawiy Abd Rashit menerusi Instagram Story berkata, dia berkongsi kenyataan bagi menjernihkan keadaan selain mahu mengelakkan salah faham.

Nafi

“Assalamualaikum semua, berkaitan isu dan kenyataan yang tular di media sosial tentang Qawiy, ye sepatutnya Qawiy tak perlu pun balas dan jawab kenyataan atau surat terbuka yang tular, tetapi memandangkan ramai yang dah tahu isu ni dan untuk mengelakkan salah faham dan fitnah, Qawiy perlu jelas kan di sini.

“Kenyataan dan cerita yang tular tentang Qawiy di media sosial adalah tidak benar dan fitnah. Semoga kita semua dirahmati Allah SWT, terima kasih,” tulisnya ringkas.

Terdahulu, terdapat individu yang mendakwa Qawiy sebagai menunggang agama selain didakwa terlibat dengan kes gangguan seksual.

ARTIKEL TRENDING: Brad Pitt Didakwa Sudah Lama Dera Angelina Jolie

ARTIKEL TRENDING: Abang Tesla Tanya, Kenal Marissa Atau Tidak? Ini Jawapan Umisya…

#Nafi #Jenayah Gangguan Seksual #Qawiy
;