,
Hollywood

Brad Pitt Didakwa Sudah Lama Dera Angelina Jolie

Maliah Surip
05/04/2024
15:55 MYT
Pasangan pesohor Angelina Jolie dan Brad Pitt memang sudah lama bercerai namun sehingga ke hari ini perseteruan masih berjalan di mahkamah.
Terkini, Jolie menerusi peguamnya mendakwa Pitt sudah lama melakukan penderaan terhadap aktres tersebut sebelum perbuatan itu terdedah.
Jolie sebelum ini mendakwa telah dikasari oleh bekas suaminya sewaktu berada di dalam pesawat semasa mereka dalam perjalanan dari Perancis ke Los Angeles pada 2016.
“Meski perbuatan Pitt mendera Jolie hanya didedahkan dalam insiden pada tahun 2016, sebenarnya dia (Pitt) telah melakukan penderaan terhadapnya sudah lama.
“Cuma Pitt pertama kali melakukan kekerasan terhadap anak mereka menerusi insiden di dalam pesawat. Sejak itu Jolie meninggalkan Pitt,” ujar peguam aktres tersebut seperti dilaporkan People.
Aktor tersebut bagaimanapun tidak pernah berdepan hukuman atas dakwaan penderaan dan melakukan kekerasan di dalam pesawat seperti yang didedahkan.
Pitt, 60, dan Jolie, 48, belum dapat menyelesaikan perseteruan mereka selepas tidak mencapai persetujuan menjual ladang anggur sekaligus membahagikan saham di antara keduanya.
Mereka bagaimanapun disahkan bercerai pada tahun 2019. Keduanya berkongsi enam anak iaitu Maddox, 22, Pax, 20, Zahara, 19, Shiloh, 17, serta kembar berusia 15 tahun Vivienne dan Knox.

ARTIKEL BERKAITAN: Angelina Jolie Sifatkan Hollywood Dunia Tak Sihat, Pernah Diserang Bell’s Palsy

ARTIKEL BERKAITAN: Pax Gelar Brad Pitt Bapa Yang Keji, Buat Hidup Anak Angelina Jolie Macam Dalam Neraka

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Bapa Rantai Dua Anak Gara-Gara Ambil Duit Beli Makanan Ringan

gempak
18/11/2024
04:55 MYT
Peristiwa yang berlaku di Desa Jatiwangi, Kecamatan Jatiwangi, Majalengka baru-baru ini itu turut tular di media sosial.
Berita

"Jiran Tak Sanggup Dengar Si Kecil Dipukul Hari-Hari Sampai Lebam Mata" - Kanak-Kanak Usia 4 Tahun Disyaki Didera, Kini Dirawat Di Hospital Selayang

gempak
26/10/2024
18:50 MYT
Seorang kanak-kanak berusia empat tahun yang disyaki didera oleh ibu dan bapanya kini sedang mendapatkan rawatan di Hospital Selayang, Selangor.
Berita

Tekan Dada Murid Guna Lutut, Guru Pusat Pendidikan GISB Dipenjara 10 Tahun

gempak
26/09/2024
05:22 MYT
Tindakan seorang guru menekan dada murid menggunakan lutut dan merotan tiga kanak-kanak di sebuah pusat pendidikan dan kebajikan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) mengundang padah apabila Mahkamah Sesyen pada Khamis, menjatuhinya hukuman penjara selama 10 tahun.
Berita

Suami Isteri Ditahan, Dipercayai Dera Anak Berusia 3 Tahun

gempak
26/09/2024
03:25 MYT
Pasangan suami isteri warga tempatan ditahan selepas dipercayai mendera anak lelaki mereka yang berusia tiga tahun sehingga dimasukkan ke hospital. Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, pasangan berusia 20-an itu ditahan di Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) dekat sini jam 1.50 pagi Rabu.
Berita

Mahu Heret Pengusaha Taska Ke Muka Pengadilan - Bapa Al Fateh

gempak
11/09/2024
04:25 MYT
Ibu bapa bayi lelaki yang maut dalam jagaan pengasuh taman asuhan kanak-kanak (Taska) pada Jumaat lalu akan menuntut bela atas kematian anak syurga mereka.
Unitar