VIRAL
Qhadeeja Unboxing Jam Tangan Mewah RM42K, Netizen Tergamam Tengok Harga - “Dia Koyak Pembalut, Terasa Duit Aku Yang Koyak”
Anak kepada usahawan terkenal, Datuk Aliff Syukri iaitu Qhadeeja mencuri perhatian netizen apabila berjaya memujuk ayahnya membelikan jam tangan mewah untuk dirinya.
Menerusi satu perkongsian video di TikTok, Qhadeeja atau lebih mesra disapa sebagai Cessdilihat sedang membuat video unboxing jam tangan mewah jenama Cartier miliknya.
Walau bagaimanapun, Cess tidak mendedahkan harga jam berkenaan.
“Berjaya pau abah. Takpe nanti kita dah besar, kita pau lagi yang gila gila #tolonghabiskanduitabah,” tulisnya di kapsyen.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen seronok dan terkejut apabila mengetahui harga jam tangan mewah miliknya itu yang hampir mencecah puluhan ribu ringgit.
Antara komen yang ditinggalkan adalah:
“Dengan bangganya aku buka search ‘jam cartier harga’ dah la baru habis makan megi ni sebab dah hujung hujung bulan ni”

“Dia koyak pembalut tu terasa koyak duit aku”
“Setakat 42K aku pun tak mampu. Ini pun tengah bulan makan nasi telur kicap je,” komen netizen.