HIBURAN

Qi Razali Selamat Bernikah Dengan Wanita Pilihan Hati

Ainun Md Zooki 25/05/2025 | 02:58 MYT

Pelakon dan pengacara, Qi Razali kini sah bergelar suami kepada pilihan hatinya yang dikenali sebagai Wardah.

Berita gembira itu dikongsikan oleh personaliti televisyen terkenal, Fedtri Yahya menerusi satu hantaran di aplikasi X dimana dia memuat naik beberapa foto sekitar majlis pernikahan pasangan tersebut.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Menerusi perkongsian tersebut, Qi kelihatan segak dan tenang mengenakan busana pengantin serba putih ketika majlis akad nikah berlangsung.

Majlis pernikahan itu diadakan secara tertutup di sebuah lokasi yang berlatar belakangkan suasana kampung serta mencetuskan suasana tenang dan indah buat pasangan tersebut.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa teruja dan mengucapkan tahniah kepada pemain drum kumpulan OAG itu atas berita perkahwinannya.

Antara komen yang ditinggalkan adalah:

“Alhamdulilah, tahniah Qi Razali dan pasangannya.”

“Tahniah Qi Babah.”

“Tak sangka Qi Razali dah berkahwin,” komen dari netizen.

BERITA BERKAITAN: Dalam Diam Rupa-Rupanya Qi Razali Sudah Bertunang, Bakal Nikah Tahun Depan - “Dia Orang Industri Tetapi…”

BERITA BERKAITAN: Bawa Watak Bapa, Qi Razali Menangis Kenang Arwah Bapa – “Dia Tak Pernah Tengking, Marah Dan Pukul Kecuali…”

BERITA BERKAITAN: Ini Sebab Eyka Farhana & Akhyar Rashid Adakan 5 Majlis Resepsi Kahwin - “Ibarat Mimpi Bila Kami…”

#Nikah #Qi Razali #Suami #Hati #Pilihan