“Saya dapat mendalami macam mana perasaan kasih cinta seorang bapa kepada anak. Kalau nak betul-betul kena ada anak sendiri.
Tambah Qi, dia menyifatkan watak dalam filem lakonannya itu merupakan dambaan arwah bapanya lagi sejak dirinya mengabdikan diri dalam dunia seni.
“Bapa saya tanya ‘bila nak buat cerita yang serius, berat dan betul-betul perlukan lakonan dan luahan jiwa’. Dia selalu tengok saya berlakon dalam genre komedi dan aksi.
“Saya rasa dia boleh suka dengan filem ini,” kongsinya.
Tak Pernah Tengking, Marah
Berkongsi lebih, Qi juga menjadikan arwah bapanya sebagai idola dan rujukan dalam kehidupannya.
“Arwah bapa saya sangat penyabar, dia tak pernah tengking, marah dan pukul kecuali dua insiden besar iaitu saya pernah tipu dia pergi Port Dickson dengan kawan-kawan.
“Saya jadikan arwah bapa saya sebagai idola, saya belum ada anak, saya cuma boleh bayangkan macam mana kasih sayang seorang anak.
“Bila ibu atau bapa punya pengorbanan, itu memang lebih. Saya guna bapa saya sebagai rujukan. Kita ada hero dalam diri kita,” kongsinya lagi.
Filem Babah yang menampilkan Qi Razali, Sweet Qismina, Cristina Suzanne, Adam Lee, Kis Aisha, Dhia Arissa, Daniella Qabeela dan ramai lagi akan mula ditayangkan di pawagam seluruh negara mulai 5 Disember 2024.