HIBURAN

Qistina Raisah Menangis Bukan Sebab Bunga, Kongsi Momen Disebalik Tangisan - “Ini Bukan Fasal Duit Tapi…”

Asyikin Mayudin 28/07/2025 | 01:55 MYT
Pelakon Qistina Raisah menjelaskan video memperlihatkan dia menangis yang tular baru-baru ini bukan hanya disebabkan bunga yang diterima daripada kekasihnya.

Momen bersama kekasih

Menerusi video di TikTok, Qistina berkongsi momen makan malam bersama kekasihnya dan apa yang membuatkan dirinya menangis.

ARTIKEL BERKAITAN: “13 Bekas Kekasih, Tapi Baru Kali Ini...” – Qistina Raisah Sebak Pertama Kali Terima Kejutan Bunga!

“Saya tak menangis sebab bunga. Kisahnya saya marah kat dia sangat hampir dua minggu gaduh. Jadi dia beri kejutan datang dari JB pun saya buat tak tahu saja.

“Katanya nak call kakak jap tapi pacak kamera depan muka aku, sayang sayang. Bunga pula, tak boleh cover dah ni. Afiq tak makan sushi, tak makan sup.

“Jadi semua ini dia takkan makan, nasib ada steak boleh la dia makan sikit. Layankan juga perempuan ini,” kongsinya.

Gambar kenangan

Qistina turut mendedahkan dia mula berasa sebak apabila melihat dalam surat yang diberikan kekasihnya itu ada gambar mereka kali pertama jumpa.

“Take note okay lelaki di luar sana. Bunga tak kisah walaupun sekuntum. Lepas itu tengok dalam surat ini. Saya rasa serba salah sengat.

“Dua minggu saya tengking dia, saya maki dia dan saya biarkan dia. Kami kenal kat food festival dua-dua berniaga. Tak sangka pun boleh lekat dekat budak afro ini.

“Jadi gambar tu ada banyak sangat kenangan. Tak sangka dah nak hampir setahun dah gambar tu,” katanya.

Usaha pujuk hati

Dalam pada itu, Qistina memberitahu dia berasa sebak disebabkan usaha kekasihnya yang datang dari jauh hanya untuk memujuk hatinya yang sedang merajuk.

“Ini bukan fasal duit, tapi effort. Ada dua, tak ada effort tak jadi juga benda ini. Terima kasih Afiq sabar dan hargai saya dari jauh datang drive seorang dah la banyak kerja.

“Terima kasih sebab kenal diri saya. Tahu saya suka paa, makan apa semua la saya hargai sangat,” ujarnya.

undefined
#pelakon #Kekasih #Menangis #Bunga #Qistina Raisah