Pelakon prolifik Que Haidar mengalirkan air mata ketika menonton filem lakonan Tan Sri Datuk Michelle Yeoh, Everything Everywhere All At Once baru-baru ini.

Berkongsi perasaan sedihnya, kata Que, filem terbabit mengingatkannya kepada arwah ibu. Rahmah Hussein, serta isterinya, Linda Jasmine.

"Menonton filem ini buat saya menangis 3 kali. Mengingatkan saya pada arwah ibu serta isteri saya. How amazing seseorang yang bergelar ibu dan isteri," kongsinya menerusi ciapan di Twitter.



Everything Everywhere All at Once mengisahkan kehidupan seorang imigran China, Evelyn Wang yang terjebak dalam multiverse dirinya sendiri.

Evelyn melihat dirinya yang pelbagai dalam beberapa semesta dan terancam dengan sosok bernama Jobu Tupaki.

Filem komedi sains fiksyen itu diarahkan oleh Dan Kwan dan Daniel Scheinert dan telah ditayangkan pada Mac tahun lalu.

Everything Everywhere All at Once dibintangi oleh Michelle Yeoh, Stephanie Hsu, Ke Huy Quan dan ramai lagi.

Filem Everything Everywhere All at Once juga telah menobatkan Michelle Yeoh sebagai pemenang kategori Best Performance by an Actress in a Motion Picture - Musical or Comedy di Golden Globe Awards yang berlangsung minggu lepas.

BACA: Harumkan Malaysia! Michelle Yeoh Menang Golden Globe Awards Pertama Kali - "Saya Tunggu 40 Tahun Untuk Ini"