Tan Sri Datuk Michelle Yeoh mencetak sejarah peribadi apabila dinobatkan sebagai pemenang dalam kategori Best Performance by an Actress in a Motion Picture - Musical or Comedy di Golden Globe Awards.
Ini merupakan kemenangan pertamanya dalam anugerah berprestij ke-80 itu sejak mula menceburi bidang seni pada 1983.
Bukan hanya menjadi sejarah peribadi memenangkan trofi berprestij di anugerah tersebut selepas 40 tahun kariernya, kemenangan tersebut juga membuatkan Michelle Yeoh melakar namanya sebagai aktres Asia dan Malaysia pertama yang menerima pengiktirafan tertinggi itu.
Michelle, 60, menumpaskan pencalonan lain iaitu Lesley Manville, Margot Robbie, Anya Taylor-Joy, dan Emma Thompson.
Menerusi filem komedi Everything Everywhere All at Once, Michelle memerankan sosok Evelyn Quan Wang, seorang ibu separuh baya yang memiliki pengalaman berpindah lintas semesta untuk menyelamatkan dunia.
Aktres kelahiran Ipoh, Perak itu dalam ucapannya mengatakan perjalanan panjang karier selama ini dan akhirnya diiktiraf di Golden Globe adalah berbaloi.
“Ini perjalanan luar biasa dan perjuangan besar untuk saya berada di sini, tapi rasanya ia berbaloi," kata Yeoh di atas panggung Golden Globe Awards 2023.
Beliau yang sempat ‘memotong’ muzik Golden Globe yang berkumandang menandakan waktu ucapan tamat turut mengatakan tidak akan melepaskan peluang bercakap di pentas tersebut.
“Saya menunggu 40 tahun untuk ini, jadi tunggu sebentar,” katanya seperti dilaporkan Variety.
Dalam ucapan sama, Michelle menceritakan pengalamannya menempa kejayaan di Hollywood.
“Saya ingat pertama kali ke Hollywood dan itu rasanya mimpi jadi nyata. Semua orang berbahasa Inggeris.
“Saya pula menghabiskan masa perjalanan datang ke sini (Hollywood) selama 32 jam dan menghabiskannya dengan belajar bahasa Inggeris!
"Terima kasih kerana percayakan saya,” katanya terharu.
Kemenangan Michelle adalah yang kedua untuk filem Everything Everywhere All at Once pada anugerah malam itu.
Sebelumnya, Ke Huy Quan meraih anugerah dalam kategori Best Performance by an Actor in a Supporting Role in any Motion Picture.
Michelle mengharumkan nama Malaysia apabila ikut terbabit di Hollywood menerusi lakonan hebatnya dalam filem ikonik, James Bond ; Tomorrow Never Dies yang dirilis pada 1997.
Namanya terus mekar dan menjadi karakter penting dalam naskhah Ang Lee yang memenangi Oscar pada tahun 2000 menerusi filem aksi Crouching Tiger, Hidden Dragon.
Kemenangan Michelle Yeoh ini jadi kemenangan kedua untuk film Everything Everywhere All at Once setelah sebelumnya Ke Huy Quan meraih piala dalam kategori Best Performance by an Actor in a Supporting Role in any Motion Picture.
Maliah Surip
Wed Jan 11 2023


Krisdayanti Beri Cucu Usia Kurang 1 Tahun Kopi: “Ya Allah Ketagih Seperti Nenek”
Nama Krisdayanti sedang menjadi bualan hangat warganet Indonesia selepas video dia memberi cucunya kopi viral sejak semalam.

Fatin Afeefa Dapat Nafkah Bulanan Cecah 5 Angka? Suami Jawab; “Perkahwinan Adalah Perniagaan”
Untung Fatin

Kelar Leher, Balut Dalam Plastik Hitam & Tanam Sebab Takut Hubungan Sulit Terbongkar
Bimbang selepas hubungan sulit terbongkar, seorang lelaki warga India bertindak membunuh dan menanam suami kepada teman wanitanya

Bintang Legenda, Julie Sudiro Meninggal Dunia Akibat Masalah Paru-Paru
Salam takziah buat keluarga...
_1.png?ext=.png)
Neelofa Preloved Koleksi Kasut Jenama Mewah; “Harga RM14,000, Tapi Nak Jual RM1,000 Je…”
Wow murah!

Trauma, Lelaki Saman Wanita RM10 Juta Sebab Kena Friend Zone
Alamak!

Lebih 300 Restoran & Hotel Ada Sijil Halal, Taiwan Lokasi Strategik Mesra Muslim! Eh Ayda Jebat Pula Dilantik...
Taiwan Lokasi Strategik Mesra Muslim!

Peluk Topi, Sebak… Yura Yunita Menangis Terkenang Mendiang Glenn Fredly, Antara Momen Menyentuh Hati Konsert Tutur Batin
Konsert Tutur Batin memang best!

Gabungan Dua Suara, Ezad Lazim & Salma Asia Tampil Lagu Duet Berjudul ‘Akira’ - “Cabaran Terbesar Adalah Setarakan…”
Mantap!
![[VIDEO] Mohon Maaf Pada Isteri, Azwan Kombos Mengaku Kahwin Lain & Ada Anak Luar Nikah - “Semua Itu Berlaku Dalam…” [VIDEO] Mohon Maaf Pada Isteri, Azwan Kombos Mengaku Kahwin Lain & Ada Anak Luar Nikah - “Semua Itu Berlaku Dalam…”](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/2019-flavettesglowingstar/ekin-punya-42_1.png?ext=.png)
[VIDEO] Mohon Maaf Pada Isteri, Azwan Kombos Mengaku Kahwin Lain & Ada Anak Luar Nikah - “Semua Itu Berlaku Dalam…”
Jangan macam-macam...