Raf Yaakob Import Kucing Dari Ukraine, Khaleesi Dah Ada Instagram Sendiri

Badrul Hashim
Februari 21, 2019 02:57 MYT
Kalau dah suka, apa juga sanggup dilakukan. Seperti yang dilakukan oleh Raf atau nama penuhnya Raden Ahmad Faizal Yaakob.
Raf yang merupakan pelakon dan juga suami kepada Mawar Rashid ini berkata, dia mendapatkan kucing dari Ukraine dan dibawa masuk melalui Russia.
"Alhamdulillah, Khaleesi dah selamat sampai dari Russia. Tapi sekarang masih dikuarantin kat airport," tulis Raf pada satu entri seminggu yang lalu.
Khaleesi merupakan kucing baka British Shorthair. Sebelum ini Raf juga mempunyai seekor lagi kucing yang diberi nama Snowy dari baka Scottish.
Kedua-dua kucing ini juga mempunyai akaun Instagram sendiri iaitu @khaleesi_snowy yang dijaga oleh tuan punya mereka.
Raf Yaakob dan Mawar Rashid kini sedang menanti kelahiran cahaya mata mereka bersama.
#pelakon #Pelakon #Raf Yaakob #Kucing