“Rahsia Tak Tapi Untuk Menguar-Uarkan Mustahil Akan Berlaku” - Haliza Misbun Elak Cerita Soal Kekasih

Mya Amri
November 12, 2018 10:38 MYT
Pelakon Haliza Misbun enggan bercerita mengenai perkara yang melibatkan kehidupan peribadinya.
Bagaimanapun kata Haliza, dia tidak akan menafikan atau merahsiakan perkara yang melibatkan jodoh andai kata sudah tiba waktunya.
“Rahsiakan mungkin tidak, tetapi untuk war-warkan itu mustahil akan berlaku.
“Mungkin anda akan tahu bila saya dah selesai atau dah selamat (bertunang atau berkahwin), mungkin dua tiga bulan lepas tu mungkin dah setahun lepas tu,” ujarnya.
Dalam pada itu, Haliza juga menafikan dia mencari seorang lelaki yang sempurna.
“Saya tak boleh cari yang perfectionist sebab saya sendiri tidak sempurna, jadi kesempurnaan itu bukanlah satu kriteria yang saya cari dalam diri lelaki.
“Cuma sebagai seorang lelaki dia harus mempunyai integriti, sebab itu adalah penting,” jelasnya.
Untuk berita hiburan yang padat dengan informasi, jangan lupa saksikan HLive! yang bersiaran pada setiap Isnin hingga Sabtu pada jam 8.30 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).
Foto: Instagram @lisbon05
#pelakon #Pelakon #Haliza Misbun