Rai Hari Jadi Hari Ini, Abby Abadi Dedah Baru Lepas Kena Kelentong?

Amri Hassan
Disember 1, 2018 10:43 MYT
Tak disangka, perancangan keluarga besar Norman Hakim dan suami Abby Abadi menjadi untuk menyambut ulangtahun kelahiran pelakon itu semalam.
Abby yang meraikan ulangtahun kelahiran ke-41 pada hari ini (1 Disember) telah diraikan besar-besaran di tapak Pameran Pertanian, Hortikultur dan Pelancongan Agro Antarabangsa (MAHA2018) di Serdang semalam.
Bercerita lebih lanjut kata Abby dia 'diperdaya' oleh penganjur kononnya ada sesi ramah mesra bersama peminat sejurus selesai berniaga.
"Ini kerja Norman Hakim, Memey Suhaiza dan suami saya serta anak-anak dibantu team yang menjaga saya di MAHA.
"Ingatkan betullah saya ada sesi meet & greet lagi di MADA hari ini, rupa-rupanya kerja saya dah habis dah, dorang plan benda ini pula.
"Serius, memang tak sangka langsung. Saya memang ingat nak balik dah tadi sebab dah pukul 4 petang.
"Baru hantar mesej bagitahu nak balik, dorang ajak masuk ke Hall A dan surprise!" tulis Abby.
br />
Sambutan hari jadi Abby itu turut dimeriahkan oleh anak-anaknya termasuk Marissa Dania yang menjadi dalang kejutan hari jadinya itu.
Kami ucapkan selamat hari jadi buat Abby, semoga panjang umur dan murah rezeki!
#pelakon #Abby Abadi #Pelakon #Hari Jadi