Rain Raih Keuntungan Ratusan Juta Selepas Menjual Bangunan Miliknya!
Asraf Aided
23/06/2021 02:55 MYT
23/06/2021 02:55 MYT
Penyanyi dan pelakon popular Korea, Rain meraih keuntungan sebanyak 30 bilion Korean Won (sekitar RM107.8 juta) setelah menjual bangunan komersial yang dibelinya 13 tahun lalu.
Memetik laporan allkpop, bangunan tersebut dibeli Rain pada tahun 2008 dengan harga 16.8 KRW (RM60.9 juta).
Rain kemudian menjualnya tahun ini pada harga 49.5 bilion KRW (RM180.4 juta).
Secara numerik, Rain memperoleh keuntungan sekitar 32.7 bilion KRW namun keuntungan sebenarnya adalah lebih rendah daripada itu.
Ia adalah disebabkan bintang ini telah membelanjakan sekitar 7 hingga 8 bilion KRW untuk tujuan ubahsuai bangunan berkenaan.
Antara keistimewaan bangunan itu adalah berdekatan Stesen Cheongdam dan kawasan yang menjual jenama-jenama mewah.
Rain sebelum ini juga menggunakan bangunan itu untuk label miliknya, Rain Company.
Sumber & Kredit Foto: allkpop