HIBURAN
Raja Ema, Anak-Anak Maafkan Arwah Sheqal - “Seikhlas Hati Menghalalkan & Memaafkan Semuanya”
Penyanyi dan pelakon, Raja Ema Raja Ibrahim reda dengan pemergian bekas suaminya, Sheqal yang menghembuskan nafas terakhir pada tengah hari Selasa.
Sudah memaafkan & menghalalkan semuanya
Raja Ema menerusi satu hantaran yang dimuat naik di akaun Facebook miliknya berkata, dia dan dua anak iaitu Putera Ammar dan Putera Al‑Kasyah sudah memaafkan dan menghalalkan semuanya."Saya dan anak-anak dengan seikhlas hati menghalalkan dan memaafkan semuanya.
"Moga arwah ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan para solohin," tulisnya.
Terdahulu, Raja Ema dan Sheqal pernah membina rumah tangga pada tahun 1990-an dan dikurniakan dua cahaya mata, bagaimanapun rumah tangga mereka tidak kekal lama.
Sheqal kemudiannya mendirikan rumah tangga dengan Normah Mohd Yusoff, 58, dan dikurniakan sepasang anak iaitu Muhammad Fatullah Shaharin, 21, dan Ummu Hani, 20 tahun.
ARTIKEL BERKAITAN:Sheqal Meninggal Dunia Dalam Tidur
ARTIKEL BERKAITAN:"Jumpalah Ayah Selagi Dia Masih Ada" - Isteri Rayu Anak-Anak Ziarah Sheqal
ARTIKEL BERKAITAN:Sheqal Ditidurkan, Tahap Oksigen Menurun Akibat Jangkitan Paru-Paru
ARTIKEL BERKAITAN:Pernah Empat Kali Diserang Strok, Sheqal Sebak Terima Bantuan - "Saya Sedih, Dulu Kita Tolong orang, Sekarang Orang Bantu Kita Pula"
Sebelum ini, Sheqal dilaporkan ditidurkan di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban, Negeri Sembilan pada 6 Jun lalu.
Sheqal atau nama sebenarnya Shahrin Salehuddin, kini perlu menggunakan kerusi roda akibat empat kali diserang angin ahmar sejak 2020 dan terakhir tiga tahun lalu.
Sheqal turut menghidap sakit buah pinggang tahap empat. Sebelum ini, Sheqal ada berkongsi ldia kini tidak lagi mampu bekerja sejak diserang angin ahmar sejak 2023.
Berikutan penyakitnya, Sheqal berkata, perniagaannya terjejas, malah tidak lagi boleh menyanyi, justeru menzahirkan minatnya terhadap seni menerusi menulis dan melukis.