gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
"Gangguan Pandangan Mata, Iri Hati, Dengki Memang Wujud" - Wawa Zainal
HIBURAN
Zhang Yiyang Artis China Pertama Dihukum M*ti Skuad Penembak, Bunuh Kekasih Bawah Umur
HOLLYWOOD
Legenda Rock Ozzy Osbourne Meninggal Dunia
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

"Jumpalah Ayah Selagi Dia Masih Ada" - Isteri Rayu Anak-Anak Ziarah Sheqal

Gempak
Gempak
10/06/2025
14:55 MYT
Sponsor Banner
"Jumpalah Ayah Selagi Dia Masih Ada" - Isteri Rayu Anak-Anak Ziarah Sheqal
Isteri kepada penyanyi popular era 90-an, Sheqal, iaitu Normah Mohd Yussof, 58, meluahkan harapan agar anak suaminya bersama bekas isteri, penyanyi dan pelakon Raja Ema dapat menziarahi bapa mereka yang kini sedang sakit.
Menurutnya, Sheqal pernah beberapa kali menyatakan keinginannya untuk berjumpa dengan dua anak lelakinya itu, namun masih belum kesampaian.
"Melihat keadaan abang Sheqal sekarang, saya berharap sangat agar anak-anaknya dapat datang menziarahinya.
"Jumpalah ayah ketika usia dia masih ada, kerana kita tak tahu apa yang akan berlaku," katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.
Dia bagaimanapun enggan mengulas lanjut berkenaan hubungan tiga beranak berkenaan.
Sementara itu, Normah berkata, suaminya masih perlu ditidurkan sejak dimasukkan ke Hospital Tuanku Jaafar(HTJ) di sini, Khamis lalu selepas tahap oksigen dalam badannya menurun sehingga 62 peratus akibat jangkitan kuman pada paru-paru.
Bagaimanapun katanya, tahap oksigennya sudah kembali normal, namun masih perlu bergantung dengan mesin oksigen.
"Doktor beritahu yang abang Sheqal masih perlu ditidurkan kerana tahap kesihatannya perlu dipantau.
"Cumanya hari ini, doktor terpaksa buat dialisis untuk penyakit buah pinggang kerana bacaan kreatinin meningkat kepada 400 lebih daripada 200 lebih," katanya.
Justeru itu, ibu kepada dua anak ini berharap doa orang ramai untuk kesembuhan Syeqal sekali gus dapatnya kembali pulang ke rumah.
Sheqal yang pernah popular dengan lagu Cinta Nusantara kini tinggal di Seremban bersama Normah sejak lebih lima tahun lalu dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua anak iaitu Muhammad Fatullah Shaharim, 21, dan Ummu Hani, 20.
Menerusi perkahwinan dengan Raja Ema, Sheqal atau nama sebenarnya Shaharim Salehuddin dikurniakan dua anak lelaki iaitu Putera Ammar dan Putera Al‑Kasyah.
Pada Mac lalu ketika dikunjungi Exco Komunikasi dan Multimedia, Sukan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang, Fadzli Mohamad Kamal, Sheqal meluahkan yang dia berharap dapat menghabiskan baki hidupnya di kampung halamannya di Raub, Pahang.
Katanya, sudah tiba masanya untuk dia kembali ke negeri asalnya selepas hidup merantau sejak berusia 19 tahun.
"Sekarang ini saya hanya tinggal menyewa dan sewa itu pun kami bayar dengan duit sumbangan yang ada kalanya saya tidak tahu ALLAH datangkan dari mana," katanya.
Sumber: Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Isteri
#Jumpa
#sheqal<'anak
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement