Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

Rajinikanth Dimasukkan Ke Hospital Akibat Sakit Perut Mengejut!

Amri Hassan
01/10/2024 22:56 MYT
Bintang filem Tamil, Rajinikanth dimasukkan ke Hospital Apollo di Chennai, India akibat sakit perut mengejut, semalam.

BERITA TRENDING: Jumpa Anwar Di Putrajaya, Ini Hasrat Terpendam Yang Rajinikanth Sampaikan

Mengikut laporan Times of India, superstar berusia 74 tahun itu dikatakan mengalami sakit perut dan dibawa ke hospital.

Tahap kesihatannya kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Beliau juga dilaporkan menjalani pembedahan elektif dan dipercayai boleh keluar hospital, pada hari sama.

Laporan menyebut, ia disebabkan masalah berkaitan jantung, namun perlu mendapatkan pengesahan pakar kardiologi dan menjalani pemeriksaan perubatan terlebih dahulu.

Difahamkan, Rajinikanth bakal muncul dalam filem terbaharunya, Vettaiyan arahan pengarah TJ Gnanavel yang bakal ditayangkan, tidak lama lagi.

Selain Rajinikanth, filem itu juga dibintangi Amitabh Bachchan, Fahadh Faasil, Rana Daggubati, Manju Warrier, Ritika Singh, Dushara Vijayan dan Abhirami.

Vettaiyan dikatakan bakal menjadi penampilan pertama Amitabh Bachchan dalam filem Tamil. - AGENSI

BERITA TRENDING: “Amaran Dari Tuhan” – Rajinikanth Tak Akan Sertai Politik, Ini Petandanya

BERITA TRENDING: Rajinikanth Umum Tubuh Parti Sendiri: "Ini Parti Yang Jujur & Bebas Rasuah"

BERITA TRENDING: KJ Trending Di Twitter, Selepas 'Sivaji The Boss' Dikaitkan Pula Dengan Filem 'Robot' Lakonan Rajinikanth!

#pelakon #Sakit #Rajinikanth #hospital #Tamil #Perut
;