Vivo telah memperkenalkan telefon pintar V17 Pro baru di Malaysia dalam sebuah acara yang berlangsung di Hotel Majestic Kuala Lumpur, hari ini.

V17 Pro merangkumi 6 kamera hadapan dan belakang yang membolehkan pengguna mengambil gambar melebihi had mereka, termasuk kamera depan 32MP yang pertama di samping menaikkan taraf yang hebat untuk kamera hadapan sekaligus menaikkan ikon Vivo.

V17 Pro juga mempunyai ciri-ciri canggih seperti Super Amoled Ultra Fullview Display, 48MP profesional Al Quad Camera serta ciri-ciri 'makeover' yang menakjubkan dibuat untuk menampakkan gaya hidup pengguna supaya lebih muda dan bergaya.

Selaku duta kepada jenama Vivo, Datuk Seri Siti Nurhaliza turut hadir di majlis tersebut.

"Saya sudah bersama keluarga Vivo ini sudah lebih lima tahun.

"Saya sangat menyukai kelebihan yang ada pada V17 iaitu 'super wide angle', 'wide angle', bokeh dan 'macro'.

"Apa yang penting adalah 'night mode' kerana saya sering bergambar pada waktu malam.

"Selalunya apabila berada di belakang pentas keadaannya sangat gelap namun tidak lagi dengan adanya V17.

"Selain itu, saya juga seorang yang suka 'selfie'. Dengan kelebihan enam kamera yang ada pada V17 ini sudah lengkap kehidupan saya.

"Sebagai selebriti sangat penting untuk merakam dan menyimpan semua kenangan. Antara kenangan yang berharga dalam hidup saya adalah gelagat anak saya, Siti Aafiyah.

"Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Vivo kerana masih memilih saya untuk berada dalam keluarga ini," katanya kepada Gempak.

Turut sama hadir ketika sidang media adalah Ceo Vivo Malaysia, Mike Xu dan penyanyi Priscilla Abby.

"Penciptaan V17 Pro sekali lagi mempamerkan pendekatan inovasi pengguna.

"Ahli siri baru V membawa sistem kamera cemerlang di hadapan dan belakang telefon pintar untuk memberi kuasa kepada pengguna untuk merakam melampaui imaginasi mereka," kata Mike.

Majlis pelancaran itu dimeriahkan lagi dengan dua persembahan daripada Priscilla dan Datuk Seri Siti Nurhaliza sendiri.

Jangan lupa dapatkan V17 mulai 5 Oktober ini di pasaran dengan harga RM1699. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari web rasmi Vivo, www.vivo.com.