Jurusolek terkenal Datuk Alha Alfa, 33, menjelaskan tindakannya memuat naik video menghulurkan bantuan kepada orang kelainan upaya (OKU) dan seorang peniaga kecil di tepi jalan bukan untuk meraih perhatian atau mengaibkan orang susah.
Menyedari perbuatannya itu telah menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan segelintir selebriti, Alha menyatakan dia hanya ingin memberi kesedaran kepada orang lain supaya turut sama menghulurkan bantuan.
"Saya ada nampak beberapa artis yang muat naik status mengatakan jangan jadikan orang dalam kesusahan sebagai content di laman sosial.
"Ada juga netizen yang komen larang saya kongsi content sebegitu. Tapi niat saya kongsi bukan nak viral atau mengaibkan orang susah. Ia sekadar perkongsian biasa yang saya buat hari-hari.
"Secara tidak langsung, apa yang saya kongsikan itu memberi kesedaran kepada orang lain untuk turut bantu sesiapa yang memerlukan bantuan," katanya.
Selain itu, menurut usahawan kosmetik, dia ingin berkongsi betapa mulia hati orang susah apabila masih ingin membantu walau diri mereka sedang dihimpit kesusahan.
"Saya kongsi itu pun untuk menarik ramai lagi untuk bantu golongan susah selain ingin menunjukkan walaupun orang susah pun mampu untuk bantu orang lain.
"Kalau saya buat senyap-senyap, kata saya tak pernah hulur bantuan pula. Nanti kata dah kaya... tayang kereta dan rumah tapi tak nak bantu orang.
"Saya pelik juga, bila Ustaz Ebit Lew kongsi dia tolong orang... ada program TV seperti Bersamamu bantu golongan susah itu boleh pula orang terima. Tapi bila saya kongsi, kena kecam pula," katanya lagi.
Bagaimanapun tegasnya, segala kecaman yang dilemparkan tidak akan mematahkan semangatnya untuk terus membantu golongan yang memerlukan.
Sebelum ini, pelantun lagu Semusim Merindu itu memuat naik paparan skrin seorang komen netizen yang memintanya untuk tidak merakam aksi memberi bantuan.
Bagi pendapat individu itu, tindakan Alfa berkongsi video tersebut seperti ingin mengaibkan orang OKU biarpun perbuatan tolong-menolong sangat digalakkan dalam Islam.
Susulan itu, Alha membuat keputusan untuk memadam video tersebut namun bukan disebabkan netizen tetapi dia telah dipaksa untuk berbuat demikian.
"Buat masa ini apa saya boleh cakap, saya padam semua video tu bukan sebab saya dengar cakap netizen. Bukan saya terlalu ikut perasaan atau saya takut dengan hinaan orang.
"Tapi ada kes lagi berat dari tu. Saya dipaksa untuk padam. Itu ja yang saya boleh bagitau buat masa ini. Dan yang suruh saya padam tu bukan calang-calang.
"Jadi korang faham-faham je la, macam saya cakap kat Malaysia ni memang benda realiti kita tak boleh kongsi. Menjadi satu kesalahan besar. Doakan saya," tulisnya di Instagram Stories.
Zulaikha Yusof
Fri Jul 02 2021
Kamal Adli, Uqasha Senrose Bakal Timang Baby Girl!
Kamal & Uqasha bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi.
Penyanyi Lagu Sandiwara Cinta Jual Duku, Grup Repvblik Kurang Job
Kumpulan Repvblik pernah menjadi popular di Malaysia berkat lagu hit mereka, Sandiwara Cinta dan Selimut Tetangga.
Okey Dengan Ibu Tiri, Mia Sara Gembira Tengok Afdlin Bahagia - "Tak Ada Apa-Apa Perasaan Buruk..."
Setelah hampir setahun mendirikan rumah tangga, pelakon dan pengarah, Datuk Afdlin Shauki akhirnya memperkenalkan isterinya, Datin Marcella secara terbuka kepada media. Sehubungan itu, Gempak sempat menemu bual anak kepada Afdlin Shauki iaitu Mia Sara berkaitan kemeriahan sambutan hari raya tahun ini bersama ibu tiri. Menurut Mia, dia menerima
Shiha Zikir Mohon Jangan Sibuk Tanya Soal Jodoh - "Kadang Kita Tak Tahu Apa Yang Seseorang Tu Tengah Hadap”
Jangan tanya soalan sensitif.
Sheriff: Raih RM6.4 Juta Dalam 3 Hari Tayangan, Netizen Kata - “Antara Filem Terbaik Pernah Ada Di Malaysia!”
Ramai yang nak tengok lagi sekali guys,.
Hantar 8,000 Surat, Pengintip Obses Harry Styles Dipenjara & 10 Tahun Tak Boleh Tonton Konsert
Seorang wanita yang mengintip dan terlalu obses dengan penyanyi Harry Styles telah dijatuhi hukuman penjara kerana sikapnya itu.
Sharifah Sakinah Enggan Fikir Soal Cinta - “Umur Saya Dah Berapa Nak Ada Boyfriend…”
Sakinah sentiasa terbuka mengenali seseorang.
Osman Ali Kecewa Hero Popular Tarik Diri Tiga Hari Sebelum Shooting - "Terpaksa Cari Pengganti"
Pengarah terkenal Osman Ali meluahkan rasa kecewanya apabila seorang pelakon popular yang sepatutnya menjadi hero kepada naskhah terbaharunya menarik diri saat akhir
“Saya Belum Layak Diberikan Gelaran Biduanita Negara” - Ziana Zain
Ziana kata dirinya masih belum layak.
Baby Boy Atau Baby Girl? Jantina Baby Kamal Adli & Uqasha diumum | Oh Baby Kamal & Uqasha
Ni dia yang ditunggu tunggu semua orang, akhirnya the secret’s out! Tahniah to this beautiful couple Kamal Adli & Uqasha Senrose on welcoming their new bundle of joy & Alhamdulillah it’s a ….. Watch till the end for the surprise
Jangan lupa follow journey diorang sebagai ibu bapa dalam Oh, Baby Kamal & Uqasha di semua platform Gempak!
Jangan lupa follow journey diorang sebagai ibu bapa dalam Oh, Baby Kamal & Uqasha di semua platform Gempak!