Laman Utama
“Rakamlah Sebanyak Mungkin, Percayalah Cukup Untuk Teman Saat Rindu” – Syamel Rindu Arwah Ibu
Penyanyi, Syamel akui merindui momen-momen manis bersama arwah ibunya, Allahyarham Wan Faaizah Karim.
Menurut Syamel, ibunya merupakan seorang yang sangat ramah dan suka menyampaikan pesanan serta nasihat buat anak-anak.
“Betapa saya berharap agar anda semua dapat jumpa dan kenal Umi. Anda semua pasti akan sukakan umi. Sangat berkarisma dan setiap tutur kata penuh dengan pesanan dan peringatan.
“Kadang-kadang telefon tak kira masa kalau teringat sesuatu nak pesan, masa tu kita terfikir kenapa tak tunggu sampai rumah, boleh borak panjang, rupanya terlalu singkat masa yang kita ada untuk menunggu.
“Bangmel kongsikan sedikit pesanan umi, masa ni nak keluar rumah nak memandu, umi suruh duduk kejap depan dia ada benda nak bagitahu, ha dengar lah. So cute!
“Bangmel record depan dia. Buat yang masih ada ibu dan ayah, curahkanlah kasih sayang, berikan perhatian, dan merayu lah doa daripada mereka.
“Mungkin doa dari seorang ibu buat Bangmel dah terputus di dunia ni, tapi segala pesanan dan ilmu yang diberikan akan di amalkan dan diingati sampai akhir usia,” coretnya.
Menerusi hantaran yang sama, Syamel juga berpesan kepada mereka yang masih mempunyai ibu dan bapa, rakamlah segala momen manis bersama mereka.
Walaupun hanya sekadar rakaman namun kata Syamel itu sahajalah bahan pengubat rindu kepada yang telah tiada kerana mereka tiada pengganti.
“Rakamlah detik-detik manis bersama sebanyak mungkin, walaupun tak mungkin dapat lepaskan rindu tapi percayalah…
“ Mencukupi untuk menemani kita di saat angin rindu datang singgah. Miss you Umi. Akan sentiasa mendoakan umi ya. Muahhh Love You,” tulisnya.
Ibu kesayangan Syamel telah menghembuskan nafas terakhir pada 22 Ogos lalu di usia 55 tahun.
Must-Watch Video