Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Rakan Baik ‘Back Up’ Syada Amzah - “Kau Tak Tahu Dia Macam Nak Mampus Kerja…”

Asyikin Mayudin
13/10/2023 08:33 MYT
Pempengaruh media sosial yang dikenali sebagai Elcah tampil mempertahankan kawan baiknya yang juga adik kepada penyanyi Shila Amzah iaitu Syada Amzah.

Menerusi hantaran di Instastory, Elcah menjadi saksi melihat usaha keras Syada mencari kerja namun rezeki penyanyi itu tidaklah sehebat kakaknya, Shila.

“Kepada sesiapa yang suruh aku pesan ke Syada pergi kerja. Macam mana awak tahu Syada tak kerja? Kau tak tahu dia macam nak mampus kerja, cari job sana sini.

“Usaha sana sini tapi Allah dah tetapkan di situ sahaja rezekinya tak sehebat kakaknya. Lepas itu kau nak suruh Syada buat apa? Salahkan Tuhan ke?” kata Elcah

Pada perkongsian yang sama, Elcah turut berkata apa yang berlaku hanya salah faham adik-beradik dan berharap semua netizen berhenti menghantar mesej kebencian kepada ibu Syada iaitu Fauziah Sarman.

“Bagi saya, keluarga ini sangat baik. Cuma ada salah faham adik-beradik. Sebab aku rapat dengan keluarga ini lebih dari 10 tahun. Media sosial ini apa yang korang nampak saja, disebalik itu korang tak tahu pun.

“Kakak dan adik ni baik. Aku cuma harap korang tolong berhenti menghantar mesej kebencian kepada mak (Mamazie). Dia dah cukup tersiksa dan makan hati dengan kes sebelum ni.

“Please be kind guys. Bagilah sokongan sikit dekat mak. Macam mana kalau benda ini jadi kepada mak korang? Fikir itu saja,” ujarnya lagi.

BACA SINI: Shila Amzah Dedah Syada Tak Pernah Hormatinya, Tak Pernah Dengar Cakap

BACA SINI: Syada Amzah Didakwa Tak Settlekan Job Review Produk Walaupun Dah Dapat Payment?


#Shila Amzah #Syada Amzah #Fauziah Sarman #Elcah #Adik Shila
;