Laman Utama
Shila Amzah Dedah Syada Tak Pernah Hormatinya, Tak Pernah Dengar Cakap
Penyanyi Shila Amzah mendedahkan yang dia tidak boleh bekerjasama dengan adiknya, Syada Amzah kerana pempengaruh dan penyanyi itu tidak pernah mendengar kata.
Shila menerusi Instagram Live yang disiarkan semalam berkata, selain tidak mendengar kata, Syada juga disifatkan sebagai tidak menghormati dirinya.
“Orang cakap, kenapa Sha tak ajar Syada betul-betul, train dia. Masa Big Stage I already did. I knew that Sha tak boleh kerjasama dengan dia.
“Sebab apa? She never listens to anything I say. Dia tak pernah ada respect dengan Sha,” katanya.
Terdahulu, ramai dalam kalangan peminat bertanya kepada Shila mengapa dia menyertai satu pertandingan nyanyian dengan adik lelakinya, Syahir Amzah dan bukan Syada.@ssnrhaliza1 Part 2 Sha sha, u are strong woman. Untung ubai ada isteri yang sangat penyabar mcm ni #mstaronlineofficial #fyp #tolonglahfypwoiiiiii ♬ original sound - puan siti
Selain itu, Shila turut memberitahu yang Syahir pernah bekerja sebagai seorang pembantu peribadi di sebuah syarikat, sebelum berhenti dan mengikutinya bekerja.
Terdahulu, Syada dan Shila dikatakan tidak sebulu apabila keduanya tidak mengikuti akaun Instagram masing-masing.
Sumber: TikTok
Must-Watch Video