HIBURAN
Rakan Dedah Sisi Sebenar Fatin Afeefa, Dilabel Sebagai Isteri Taat Pada Suami - “Korang Pernah Dengar Dia menyanyi Lagi? Berlakon?”
Perkongsian rakan kepada Fatin Afeefa dikenali sebagai Nabilah menerusi TikTok yang mendedahkan sisi sebenar aktres itu menarik perhatian netizen.
Perkahwinan kekal
Dianggap sebagai seorang isteri yang taat kepada suami, Nabilah mendedahkan Fatin pernah memberitahu dia mengenai harapannya agar perkahwinan kedua dengan suami, Opai adalah terakhir.
ARTIKEL BERKAITAN: “Anak Tiri Pun Disayang Macam Anak Sendiri” – Netizen Sebak Lihat Layanan Opai Terhadap Ivy
ARTIKEL BERKAITAN: Opai Dipuji Tak Tinggal Solat, Siap Sediakan Ruang Untuk Pekerja! Netizen Sifatkan Fatin Afeefa Untung - “Manusia Boleh Berubah…”
“Untuk rakan saya yang paling rajin, biarlah orang tahu benda yang dia (Fatin) tak nak orang tahu. Dia adalah insan yang paling setia di dunia.
“Betapa dia taat dan patuh pada setiap permintaan suami. Masa Fatin nak kahwin dengan Opai, dia ada beritahu saya… dia harap agar ini perkahwinan yang terakhir.
“Dia ingin menjadi isteri dan ibu yang terbaik. Dia juga nak jadi umat yang lebih baik, dia terus pakai tudung lepas kahwin tanpa paksaan,” kongsinya.
Korban minat
Berkongsi lebih lanjut, individu itu turut memaklumkan Fatin juga sentiasa berusaha untuk kekal istiqamah sehingga sanggup mengorbankan minatnya dalam dunia seni.
“Korang pernah dengar dia menyanyi lagi? Berlakon? Tidak kan? Sebab saya tahu betapa sukarnya untuk Fatin berusaha kekal istiqamah.
“Besar rezeki Fatin, Opai jaga sebaiknya. Tanpa izin suami, sikit pun dia tak rasa dia kena kejar dunia. Sampailah suatu hari dia minta izin baik-baik nak kembali ke dunia perniagaan.
“Dan Opai beri sokongan sepenuhnya,” tambahnya lagi.
Dalam pada itu, Nabilah memberitahu setiap keuntungan yang diraih Fatin manfaatkan kepada keluarga kecilnya.
@sugardollbynn To my most hardworking friend, biar lah org tau benda yg @bukan fatin afeefa xnk org tau ni. She is the MOST LOYAL, person. On earth. Betapa beliau taat dan patuh pada setiap permintaan suami. Masa fatin nk kawin dgn opai, dia bgtau sy. And dia ckp, dia harap ini yg terakhir . Dia ckp, dia nk jadi isteri dan ibu yg terbaik. Dia nk jd umat yg lebih baik. Dia terus pakai tudung lepas kahwin. Xde siapa pn suruh / paksa. Tp dia betul2 berusaha utk jaga peluang yg allah swt. Korg pernah dgr dia menyanyi lg? Berlakon lg? Tak kan? Because i know how hard she's been struggling to stay istiqamah. Besar rezeki fatin, opai jaga serba serbi. Tp fatin ni kerja dr dia kecik kot. Dr bulan bintang. Tanpa izin suami, sikit pn die xrasa die kene kjar dunia. Sampai la satu hari dia mntk izin baik2, dia nk back on her business @LeanbyFA HQ ♬ suara asli - LIRIK STORY
Must-Watch Video