HIBURAN

Rakan Dedah Sisi Sebenar Fatin Afeefa, Dilabel Sebagai Isteri Taat Pada Suami - “Korang Pernah Dengar Dia menyanyi Lagi? Berlakon?”

Asyikin Mayudin 07/06/2025 | 23:55 MYT
Perkongsian rakan kepada Fatin Afeefa dikenali sebagai Nabilah menerusi TikTok yang mendedahkan sisi sebenar aktres itu menarik perhatian netizen.

Perkahwinan kekal

Dianggap sebagai seorang isteri yang taat kepada suami, Nabilah mendedahkan Fatin pernah memberitahu dia mengenai harapannya agar perkahwinan kedua dengan suami, Opai adalah terakhir.

ARTIKEL BERKAITAN: “Anak Tiri Pun Disayang Macam Anak Sendiri” – Netizen Sebak Lihat Layanan Opai Terhadap Ivy

ARTIKEL BERKAITAN: Opai Dipuji Tak Tinggal Solat, Siap Sediakan Ruang Untuk Pekerja! Netizen Sifatkan Fatin Afeefa Untung - “Manusia Boleh Berubah…”

“Untuk rakan saya yang paling rajin, biarlah orang tahu benda yang dia (Fatin) tak nak orang tahu. Dia adalah insan yang paling setia di dunia.

“Betapa dia taat dan patuh pada setiap permintaan suami. Masa Fatin nak kahwin dengan Opai, dia ada beritahu saya… dia harap agar ini perkahwinan yang terakhir.

“Dia ingin menjadi isteri dan ibu yang terbaik. Dia juga nak jadi umat yang lebih baik, dia terus pakai tudung lepas kahwin tanpa paksaan,” kongsinya.

Korban minat

Berkongsi lebih lanjut, individu itu turut memaklumkan Fatin juga sentiasa berusaha untuk kekal istiqamah sehingga sanggup mengorbankan minatnya dalam dunia seni.

“Korang pernah dengar dia menyanyi lagi? Berlakon? Tidak kan? Sebab saya tahu betapa sukarnya untuk Fatin berusaha kekal istiqamah.

“Besar rezeki Fatin, Opai jaga sebaiknya. Tanpa izin suami, sikit pun dia tak rasa dia kena kejar dunia. Sampailah suatu hari dia minta izin baik-baik nak kembali ke dunia perniagaan.

“Dan Opai beri sokongan sepenuhnya,” tambahnya lagi.

Dalam pada itu, Nabilah memberitahu setiap keuntungan yang diraih Fatin manfaatkan kepada keluarga kecilnya.

undefined
#Suami #Isteri #Fatin Afeefa #Rakan #Opai #Suami Fatin Afeefa