Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Rakyat Malaysia Digesa Berjaga-Jaga Jika Bercuti Ke Selatan Thailand Sempena Deepavali - Razarudin

Gempak
14/10/2024 09:25 MYT
Rakyat Malaysia yang merancang untuk bercuti ke sempadan Thailand diminta mengambil langkah berjaga-jaga susulan tujuh serangan dan pengeboman di wilayah selatan pada 9 dan 10 Oktober lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, rakyat Malaysia juga perlu sentiasa peka dengan perkembangan terkini di negara berkenaan terutama di wilayah selatan yang bersempadan.

"Saya percaya ramai rakyat Malaysia akan pergi ke wilayah selatan Thailand sempena cuti Deepavali yang akan datang.

"Selain meminta mereka lebih berhati-hati, saya juga ingin menasihatkan pelancong Malaysia supaya, jika boleh, mengelakkan kawasan yang menjadi sasaran pihak yang terbabit dalam serangan," katanya.

Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu membaca situasi terkini membabitkan negara yang ingin mereka lawati.

"Rakyat Malaysia juga perlu mendapatkan maklumat terkini sebelum merancang bercuti ke negara berkenaan," katanya.

Sebanyak tujuh serangan dan pengeboman yang dipercayai dilakukan oleh kumpulan pemberontak di wilayah selatan Thailand dalam tempoh 24 jam bermula 9 Oktober, mengakibatkan kematian seorang anggota polis dan seorang penduduk.

BERITA TRENDING: Editor Video Astro AWANI Meninggal Dunia Kemalangan

BERITA TRENDING: Nahas Pelajar UiTM Dungun: Suami Pemandu Wanita Lega Permohonan Maaf Di Terima Baik

BERITA TRENDING: Nahas Pelajar UiTM Dungun: Suami Pemandu Wanita Lega Permohonan Maaf Di Terima Baik

BERITA TRENDING: Ironman Langkawi: Syed Saddiq Cedera Langgar Pokok Tumbang


Serangan terbabit mensasarkan pasukan keselamatan di wilayah Narathiwat, Yala, dan Pattani.

Ribuan rakyat Malaysia sering mengunjungi selatan Thailand terutama pada cuti sekolah dan cuti umum, biasanya melalui sempadan Kelantan, Perlis, dan Kedah.

Selain membeli-belah, pelancong Malaysia juga tertarik dengan pelbagai makanan Thailand yang dianggap lazat dan murah.

Antara destinasi popular dalam kalangan pelancong Malaysia di Narathiwat ialah perkampungan pantai Ban Thon, yang terletak kira-kira 18km dari bandar Narathiwat. Di kampung ini, pelancong sering terpesona dengan pemandangan pesawat yang terbang rendah berhampiran sebuah restoran terkenal, mengingatkan kepada drama Inggeris tahun 1970-an, Fantasy Island.

Sumber: Berita Hairan

#Thailand #Polis #Deepavali #Negara #Ketua #Selatan #Tan Sri Razarudin Husain
;