Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Laman Utama

Ralat Duit Simpanan Dah Guna Untuk Bisnes, Achey Sanggup Jual Motor Demi Kos Rawatan Ibu

Zulaikha Yusof 16/06/2021 | 01:14 MYT
Pelakon dan pelawak Achey, 34, sekali lagi diduga apabila ibu tercinta, Ngaisah Hassan disahkan mengidap penyakit kencing manis selain berdepan dengan masalah antara saluran hempedu dan saluran pankreas.
Menurut Achey atau nama sebenarnya Mohd Nasir Hamzah berkata berat badan ibunya turun mendadak iaitu sebanyak 20 kilogram (kg) sejak pemergian arwah ayah pada 19 Mac lalu.
BACA: "Tiada Lagi Abah ..." - Bapa Achey Meninggal Dunia
"Dua bulan selepas arwah abah meninggal, dia ada mengalami angin dekat ulu hati dan sejak akhir-akhir ini berat badannya turun mendadak sehingga hampir 20 kilogram.
"Melihat keadaannya itu, saya bawa mak jumpa pakar melakukan pemeriksaan. Tiba-tiba doktor sahkan dia ada kencing manis dan ujian darah pun menunjukkan ada masalah dalaman.
"Bila scan, ada masalah antara saluran hempedu dan saluran pankreas tapi doktor tak dapat nak sahkan.
"Sekarang mak di KPJ Johor Specialist Hospital untuk menjalani pemeriksaan selanjutnya. Sebab di KPJ sahaja ada pakar untuk masalah itu.
"Ini kali pertama mak naik ambulan dan saya pun teman dia sekali. Mak berusia 73 tahun dan sekiranya ada pembedahan besar, ia agak risiko tinggi untuk dirinya," katanya.
Dalam pada itu, pelakon filem Kelaster akui berasa ralat dengan diri sendiri kerana sudah menggunakan duit simpanan untuk beberapa perniagaan.
Bagaimanapun, dia sanggup menggadaikan harta yang ada demi menampung segala perbelanjaan rawatan ibunya yang berusia 73 tahun.
"Kita sebagai anak, apa saja harta yang ada kita akan cuba cairkan untuk rawatan dia. Mungkin ini cara untuk kita berbakti untuk dia. Kebetulan saya memang dekat Johor hampir tiga bulan sebab saya uruskan perniagaan.
"Yang agak merungsingkan saya ketika ini adalah duit simpanan saya sudah laburkan sedikit untuk perniagaan. Tapi duit simpanan untuk rawatan sekarang masih ada.
"Memang rasa amat ralat la... kalau saya tahu jadi macam ini, saya akan simpan duit itu. Kalau selepas ini nampak saya post nak jual motosikal ke, get ready la. Saya akan jual untuk perbelanjaan rawatan selanjutnya.
"Kita tak tahu mungkin ujian akan datang selepas kejayaan. Nak buat macam mana, kena reda. Adik-beradik dan isteri juga banyak membantu," katanya lagi.
Sebelum ini, Achey ada memuat naik foto bersama ibunya di hospital dengan kapsyen memberitahu dia sanggup menjual hartanya demi memberikan rawatan yang terbaik.
"Assalamualaikum bismillah. Harini full check up apa penyakit mak.. Alhamdulillah satu persatu dapat kesan. Apa sahaja untuk mak, kami akan berikan yang terbaik.
"Lepas ni kalau korang tengok aku ada jual harta-harta kesayangan tu.. faham-faham saja okey," tulisnya di Instagram (IG).
#Achey #Bisnes #Motosikal #Ibu Sakit #Duit Simpanan
;