Laman Utama
“Tiada Lagi Abah…” – Bapa Achey Meninggal Dunia
Bapa kepada pelawak Achey iaitu Hamzah Salam disahkan meninggal dunia di Hospital Segamat, Johor lewat malam semalam.
Khabar duka tersebut turut dikongsi Achey menerusi laman sosial Instagram (IG)nya kira-kira pukul 11 malam Khamis.
Achey ketika dihubungi Gempak, dalam nada sebak memberitahu Allahyarham bapanya seorang yang sangat baik.
Advertisement
“Abah adalah seorang yang sangat-sangat bertanggungjawab dan sangat baik. Abah, baik…Abah baik,” katanya.
Dalam pada itu Achey turut mengucapkan terima kasih kepada semua rakan-rakan termasuk sahabat di media sosial yang mendoakan Allahyarham.
“Terima kasih di atas doa anda semua, hanya Allah yang mampu membalasnya,” katanya.
Terdahulu, Achey mendapat berita mengenai bapanya dikejarkan ke hospital dan dalam keadaan tidak sedarkan diri.
Ketika menerima berita tersebut, Achey sedang menjalani latihan dan ‘content check’ bersama ahli kumpulan Mashuk sebagai persiapan untuk persembahan di Muzikal Lawak Superstar (MLS), malam ini (Jumaat).
Sebaik sahaja menerima berita tersebut Achey bersama isteri dan anak bergegas ke Hospital Segamat, kira-kira jam 2 petang.
Dalam pada itu Achey reda dengan pemergian bapanya dan menganggap ia ketentuan Illahi.
Tahun lalu, Achey kehilangan bapa mentuanya juga ketika sedang bertanding di dalam program MLS.
Must-Watch Video