,
Berita

Ralat Hanya Nama Sendiri Terpalit, Fattah Amin Tidak Pernah Bersekongkol Atau Berniat Menipu Stokis

Zulaikha Yusof
27/03/2019
10:48 MYT
Pelakon dan penyanyi Fattah Amin tampil menjelaskan kepada media berkaitan isu viral di antara dirinya dan syarikat MRP International Sdn Bhd (MRP).
Menurut Fattah dia tidak pernah bersekongkol atau berniat menipu pihak stokis.
"Ramai yang tidak tahu bahawa hanya rakan kongsi saya, Encik Kamarul mempunyai akses dan mengawal sistem kredit dan sistem akaun syarikat secara langsung.
"Saya menegaskan bahawa tidak pernah bersekongkol atau berniat menipu pihak stokis.
"Saya sendiri sudah beberapa kali cuba menghubungi Encik Kamarul supaya memberi akses kepada saya untuk meniliti perjalanan wang syarikat namun gagal mendapat sebarang tindak balas.
"Oleh yang demikian bagi menjaga nama baik, saya telah melantik peguam rasmi, Encik Fakhrul Azman Abu Hasan bagi membantu menyiasat dan menangani perkara ini.
"Pada 13 Februari 2019, Encik Fakhrul telah pun menghantar notis kepada Encik Kamarul supaya membenarkan pihak saya untuk meniliti statement kewangan syarikat dan menjalankan audit yang lebih terperinci.
"Aduan polis telah pun dibuat pada 8 Mac 2019 di Balai Polis Jalan Dang Wangi selepas disarankan oleh pihak peguam.
"Pihak kami masih tidak menerima sebarang tindak balas dari pihak Encik Kamarul sehingga pagi tadi.
"Encik Kamarul ada menghubungi peguam saya untuk menyelesaikan isu ini apabila mengetahui sidang media yang dijalankan hari ini," kata Fattah.
Fattah ditemui di sidang media di Universal Music Malaysia, Petaling Jaya sebentar tadi.
Tambah suami kepada aktres Fazura, dia berasa ralat apabila hanya namanya sahaja yang terpalit dalam isu ini.
"Saya berasa ralat apabila isu ini tersebar di media sosial namun Encik Kamarul mengambil langkah mendiamkan diri.
"Sebagai satu syarikat, kita kena bersama-sama bertanggungjawab menyelesaikan isu ini," luahnya.
Tambah Fattah lagi, dia berharap pihak media dan stokis tidak lagi menuding jari dan menyalahkan dirinya tanpa usul periksa.
"Ini merupakan usaha saya sendiri bagi menyelesaikan masalah yang terjadi kerana ini sedikit sebanyak mencalarkan nama baik saya.
"Saya benar-benar terkesan dalam kemelut yang melanda ini dan berharap dapat diselesaikan cara adil dan saksama serta menyerahkan kes ini kepada pihak berkuasa," katanya kepada Gempak.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Sarimah Ibrahim Pesan Bakat Baharu Perlu Disiplin, Jangan Terlalu Merendah Diri Hingga Dibuli - “Maruah Kita Patut Tinggi & Mahal Dari Mana-Mana Gaji”

gempak
22/11/2024
05:50 MYT
Pelakon dan pengacara, Che Puan Sarimah Ibrahim berkongsi tips bagaimana dia mampu bertahan dalam industri seni tanah air hampir tiga dekad.
Hiburan

Tak Pernah Dibuli Di Set Penggambaran, Iedil Putra Titip Pesan Buat Pelakon - “Jangan Buat Perangai Orang Tak Suka”

gempak
21/11/2024
13:55 MYT
Pelakon Iedil Putra mendedahkan dirinya tidak pernah mengalami pengalaman 'dibuli' di set penggambaran sepanjang penglibatannya dalam industri hiburan.
Hiburan

Lama Tak Muncul, Penampilan Terkini Aniq Suhair Buat Peminat Teruja - “Pergh Dah Katang Badan”

gempak
21/11/2024
08:50 MYT
Pelakon Aniq Suhair mencuri tumpuan warga maya apabila berkongsi imej terkini di media sosialnya, baru-baru ini.
Hiburan

Isteri Pelakon Harun Hashim Meninggal Dunia

gempak
21/11/2024
05:50 MYT
Selepas hampir seminggu ditidurkan, isteri kepada aktor veteran Harun Hashim iaitu Sakinah Ganjali, 48, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Al-Sultan Abdullah, UiTM Puncak Alam jam 9.45 pagi Khamis.
Hiburan

Ikmal Amry Tak Selesa Lakon Babak Mesra Dengan Pelakon Wanita - “Salah Tetap Salah”

gempak
21/11/2024
04:55 MYT
Pelakon Ikmal Amry mengakui dirinya tidak selesa melakonkan babak bersentuhan dengan pelakon wanita.
Unitar