Viral
Ralit Tengok Bola Sepak, Anak Make Up Muka Abang Mus... Ini Hasilnya!
Pelakon Mustapha Kamal, 56, berkongsi momen melucukan setelah wajahnya siap disolekkan oleh anaknya yang berusia 14 tahun.
Lebih epik Mustapha ketika itu sedang leka menonton perlawanan bola sepak Piala Dunia FIFA 2018 antara Sepanyol dan Rusia kelmarin.
"Allahuakbar! Tengok apa dah jadi pada muka Abang Mus...
"Sedang tengok bola sepak Spain dengan Rusia, anak make up muka Abang Mus," tulisnya di Instagram bersama wajahnya beroles gincu merah.
Foto menghiburkan itu mengundang pelbagai komen netizen hingga ada yang bertanyakan kesudian Mustapha untuk melakonkan watak transgender.
"Bang Mus... Ada tak teringin nak berlakon watak ini kalau diberi peluang. Saya rasa watak ini tak pernah lagi," soal @liehan07.
Jawab Mustapha; "Tak nak."
"Kalau buang jambang memang laku terus," tambah @ftnzidar menyakat pelakon lelaki itu.
Pelakon itu mempunyai empat cahaya mata iaitu Sabella, 19, Aulia, 17, Qur'ani, 15 dan Naqli, 12, menerusi perkahwinan bersama Susan Manen.
Mustapha yang popular sejak tahun 1980-an itu pernah membintangi pelbagai drama dan filem antaranya Sembilu, Senario Lagi, Love Supermoon dan telefilem viral Pok Ya Cong Codei.
Teks oleh: Amri Hassan
Foto: @mustapha_kamal
Must-Watch Video