HIBURAN
“Ramadan Ini Terfikir-Fikir Juga Apa Nedim Makan Tapi…” - Nora Danish
Kembali bersendirian menyambut Ramadan, pelakon Nora Danish tidak menolak terbitnya perasaan sedih, namun tetap bersyukur keluarga sentiasa menemaninya.
Syukur keluarga teman
Nora atau nama sebenar, Nora Mohd Danish Hanif, berkata dia dan bekas suami, Nedim Nazri selalu bertemu, justeru rasa kehilangan tidak terlalu dirasai.
"Saya dan bekas suami masih rapat, jadi kami selalu berjumpa. Namun, Ramadan ini terfikir-fikir juga apa Nedim makan, tapi sekadar itu sahajalah sebab kami biasa bersama.
"Saya tinggal berdekatan dengan ibu, jadi tidak rasa kehilangan," katanya kepada Gempak.
Majlis ilmu
Kerap dilihat menghadiri majlis ilmu bersama Nedim, pelakon berusia 42 tahun itu berkata, dia selesa dan tidak melihat di mana salahnya jika mahu membuat kebaikan.
"Kalau hendak buat benda baik, kita harus jemput mereka yang mahu bersama. Bagi saya, Nedim adalah bapa kepada anak saya. Jadi, apabila hendak buat kebaikan, apa salahnya bersama.
"Saya pun teringin hendak buat majlis tadabbur di rumah sendiri," katanya.
Tadarus
Sempena bulan puasan ini, Nora meluangkan masa untuk bertadarus selama 15 hari.