Ramadan Pertama Edi yang ditayangkan malam tadi terus mendapat tempat di hati penonton.

Edi yang dilakonkan oleh (Redza Rosli) masih cuba membeli jiwa bapa mertuanya, Pak Sobri (Datuk Aznil Nawawi). Namun, nampaknya belum berjaya dengan perangai Edi yang liat nak bangun sahur.

Kalau sebelum ini kecoh pasal nugget masak kicap, kali ini Naemah (Elly Mazlein) buat hal lagi wujudkan burger ayam masak lemak. Mampu tak?

Di penghujung episod kedua, Edi pula kantoi minum air swimming pool. Dahaga sangat tu hahaha.

Minggu ketiga apa pula agaknya jalan cerita yang jadi? Apa lagi Edi nak buat?

Ramadan Pertama Edi merupakan sebuah naskah terbitan Gempak yang diarahkan oleh sutradara Datuk Yusry Abdul Halim dan Ezrie Gazali.

Mengisahkan tentang Edi dan Nad (Mimi Lana). Selepas 2 bulan berkenalan dan bercinta, Edi dan Nad terus berkahwin.

Bercinta ketika musim PKPB, membuatkan mereka jarang berjumpa serta tidak sempat kenali isi hati budi masing-masing secara mendalam.

Namun setelah tinggal bersama, Edi dan Nad mula sedar perangai pasangan masing-masing. Edi sejenis yang sukar hendak serius dan berterus terang manakala Nad pula jenis yang cerewet dan perfectionist.

Nad kini sedang hamil enam bulan dan bakal pulang ke rumah bapanya, Pak Sobri beberapa hari sebelum Ramadan. Disebabkan PKP, Nad dan Edi terpaksa berpuasa di rumah Pak Sobri selama dua minggu.

Masalah timbul di situ kerana Edi sebenarnya cukup susah untuk berpuasa. Pelbagai masalah dan konflik yang berlaku namun apa pengakhirannya?

Ramadan Pertama Edi dibintangi barisan pelakon hebat antaranya Redza Rosli, Mimi Lana, Datuk Aznil Nawawi, Elly Mazlein, Datin Lisa Surihani dan ramai lagi.

Berdurasi selama 30 minit, Ramadan Pertama Edi bersiaran pada setiap hari Rabu, jam 9.30 malam secara eksklusif di saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124).

Jika anda terlepas untuk menonton episod terdahulu, anda juga boleh strim di Astro Go dan On Demand dan buat carian Ramadan Pertama Edi.