Hiburan
"Ramadan Takkan Terasa Keseorangan Bila Kita Kongsikan Senyuman" - Ernie Zakri
Sambutan Ramadan kali ini mungkin sedikit berbeza berbanding tahun-tahun yang lain.
Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dijalankan bermula 18 Mac lepas membuatkan Ramadan kali ini 'istimewa' berbanding kebiasaan.
Biarpun ada yang bakal menyambutnya berseorangan, Ramadan pasti tak akan sepi jika kita pandai merencanakannya.
Penyanyi Ernie Zakri berpendapat, Ramadan takkan terasa keseorangan bila kita kongsikan senyuman.
Senyuman merupakan elemen penting untuk mengeratkan jalinan walaupun kita berjauhan dengan orang tersayang.
Ernie merupakan satu antara tujuh personaliti popular tanah air yang menjadi duta ‘Indahkan Senyuman, Eratkan Jalinan’ bersempena kempen Ramadan Raya 2020 bersama Astro.
Selain Ernie, personaliti lain yang menjadi duta kempen ini ialah Nabil Ahmad, Ben Amir, Hael Husaini, Sherry Alhadad, Shiha Zikir dan Chubb-E.
Kehadiran ketujuh-tujuh mereka ini adalah sebagai pemangkin kepada kempen Ramadan Raya Astro 2020, bertujuan untuk membawakan senyuman menerusi pengacaraan, lakonan, persembahan serta pembabitan mereka secara amnya kepada penonton.
Ia secara tidak langsung merapatkan jurang serta mengeratkan jalinan di antara rakyat Malaysia.
Jangan lupa untuk terus bersama dengan program-program menarik di pelbagai platform Astro sepanjang Ramadan dan Syawal, bermula 14 April sehingga 30 Jun ini!
Untuk lebih informasi, layari laman web www.astroraya.com.my!
Jarak akan menguatkan kita, untuk esok yang lebih bermakna.
Indahkan senyuman, eratkan jalinan dan terus setia bersama kami di Astro!
Must-Watch Video