Pelakon Datin Seri Umie Aida meluahkan rasa kecewa apabila masih ada pihak yang tidak bertanggungjawab memuat naik filem Dukun ke laman Facebook.

Menerusi entri di Instagram (IG), Umie mempersoalkan tindakan yang dilakukan oleh pihak tersebut kerana filem itu masih lagi ditayangkan di pawagam.

"Sejak dua tiga hari ni ramai buat “party” filem Dukun di Facebook! Apakah keseronokan yang anda dapat, dengan buat tayangan filem ini sedangkan Dukun masih dipawagam?

"Saya tak tahu nak cakap apa lagi. Kalau itu satu kepuasan cara anda menonton sebuah filem, maka teruskan, teruskan..sebarkan lagi..sebar sebanyak mungkin.

"Kongsi sebanyak mungkin, jual CD sebanyak mungkin. Enjoy rough cut and no ending! Terima kasih kerana membunuh industri filem.

"Dah malas nak komen pasal benda ini lagi! Lantak korang la. Bye," tulisnya.

Sejak 2,3 hari ni ramai buat “party” film #dukun kat FB !! apakah keseronokan yg anda dpt , dgn buat tayangan film dukun sedangkan dukun masih dipawagam ?saya tak tahu nak cakap apa lagi. Kalau itu satu kepuasan cara anda menonton sebuah film.. maka teruskan. Teruskannn.. sebarkan lagi.. sebar sebyk mungkin !!! Share sebyk mungkin.. jual cd sebyk mungkin.. buat duit dari hasil titik peluh org lain. Enjoy rough cut & no ending ! Terima kasih kerana membunuh industry film !! Dah malas nak komen pasal benda ni lagi ! Lantak korang la.. byeee

A post shared by umieaida (@umieaida9) on


Rata-rata peminat menyokong luahan yang dilakukan oleh Umie dan mereka berharap agar akan ada tindakan lebih berat diambil pada pihak yang menyebarkan filem itu.

Dukun diarahkan oleh Dain Said dan dilakonkan oleh Umie, Faizal Hussien, Namron, Hasnol Rahmat, Elyana, Bront Palarae dan Adlin Aman Ramlie.

Setakat ini, Dukun sudah pun mendapat kutipan box-office sebanyak RM6.2 juta dalam masa empat hari tayangan.

Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi
Foto: Instagram Umie Aida