Ramai Buat ‘Party’ Filem Dukun Di FB, Umie Aida Berang

Rozaimi Zubaidi
April 17, 2018 04:59 MYT
Pelakon Datin Seri Umie Aida meluahkan rasa kecewa apabila masih ada pihak yang tidak bertanggungjawab memuat naik filem Dukun ke laman Facebook.
Menerusi entri di Instagram (IG), Umie mempersoalkan tindakan yang dilakukan oleh pihak tersebut kerana filem itu masih lagi ditayangkan di pawagam.
"Sejak dua tiga hari ni ramai buat “party” filem Dukun di Facebook! Apakah keseronokan yang anda dapat, dengan buat tayangan filem ini sedangkan Dukun masih dipawagam?
"Saya tak tahu nak cakap apa lagi. Kalau itu satu kepuasan cara anda menonton sebuah filem, maka teruskan, teruskan..sebarkan lagi..sebar sebanyak mungkin.
"Kongsi sebanyak mungkin, jual CD sebanyak mungkin. Enjoy rough cut and no ending! Terima kasih kerana membunuh industri filem.
"Dah malas nak komen pasal benda ini lagi! Lantak korang la. Bye," tulisnya.
Rata-rata peminat menyokong luahan yang dilakukan oleh Umie dan mereka berharap agar akan ada tindakan lebih berat diambil pada pihak yang menyebarkan filem itu.
Dukun diarahkan oleh Dain Said dan dilakonkan oleh Umie, Faizal Hussien, Namron, Hasnol Rahmat, Elyana, Bront Palarae dan Adlin Aman Ramlie.
Setakat ini, Dukun sudah pun mendapat kutipan box-office sebanyak RM6.2 juta dalam masa empat hari tayangan.
Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi
Foto: Instagram Umie Aida
#pelakon #Pelakon #Datin Seri Umie Aida #Filem Dukun