"Ramai Cakap Berlakon Teater Ni Tak Mendatangkan Hasil, Penat, Bayaran Sikit, Buang Masa. It's Not About That!" - Nabila Huda Komen Pasal...

Badrul Hashim
Mac 28, 2019 17:22 MYT
Setiap orang ada keinginan masing-masing, tetapi kalau ditanya kepada mereka yang benar-benar terlibat dalam bidang lakonan, pastinya semua ingin berada di pentas teater.
Begitu juga dengan Nabila Huda yang tidak asing dengan bidang lakonan termasuklah teater.
"One thing I love about theatre, I can play a multiple character yang tak mungkin Saya akan dapat dalam screen!
"The vibe is totally different!" tulis Nabila di satu entri di Instagramnya.
Menurut Nabila, ramai yang memberitahu berlakon teater ini tidak mendatangkan hasil, penat, dengan bayaran yang sikit dan terlalu membuang masa.
"it’s not about that. It’s about your experience! Pengalaman yang priceless! Yang Takkan dapat pun watak Yang sama tu sampai bila-bila.
Kalau kat tv, kite akan repeat the same character all over again sampai lah abang jamil mampos..haha!" tegas Nabila.
Tambah Nabila lagi, pada usia sekarang ini dia tiada masa lagi untuk hanya berfikir tentang duit, mahu jadi kaya, berada di atas atau menjadi pelakon popular.
"Been there and done that! Sekarang ni, Yang Saya nak adalah saya akan cari apa saja pengalaman yang Saya boleh dapat.
"As much as I can! At least, satu hari nanti, Saya akan ceritakan semua ni Pada Anak cucu. Everday is a learning process for me!
"Haaa nampak, bukan saja the camera loves me but the stage loves me too you know!" tulis Nabila lagi yang baru sahaja habis berlakon teater Ola Bola The Musical.
Kredit Gambar: Instagram
#pelakon #Nabila Huda #Pelakon