Sejak isu penamatan khidmat penyampai radio Tyzo daripada Suria FM minggu lalu, pelbagai kisah mengenai lelaki itu mula diperkatakan oleh netizen, termasuk perihal usia.

Menerusi pelbagai wawancara sebelum ini, Tyzo tidak pernah mendedahkan usia sebenar, melainkan tarikh lahirnya sahaja yang jatuh pada 8 Julai.

BERITA TRENDING: Tyzo Dedah Dipaksa Undur Diri Jadi Penyampai Radio - “Minta Maaf Ini Bukan Keputusan Saya”

Hanya dalam satu video yang diterbitkan oleh Suria FM tahun lalu, Tyzo secara kasual memberitahu usianya pada waktu itu adalah 57 tahun, secara automatik menjadikan dia kini menghampiri angka 60 tahun.



Meninjau respons yang ditinggalkan netizen di platform X, rata-rata seperti tidak percaya dengan usia yang dinyatakan oleh Tyzo.




Namun, menerusi satu balasan yang ditinggalkan oleh pengacara Ahmad Fedtri Yahya, figura yang turut bergelar penulis lirik itu difahamkan kini berusia lewat 40-an.



Dalam masa sama, seorang individu turut mendedahkan usia sebenar Tyzo.



Menurut sumber terdekat Gempak, difahamkan usia Tyzo sekitar 46-47 tahun, dekat dengan angka yang dinyatakan Fedtri dan individu di atas.

BERITA TRENDING: Ada Dakwa Tyzo Minta Gaji Tinggi?