“Ramai Hadir Solatkan, Iringi Jenazah…”- Pelakon Gerak Khas, ‘Detektif Wong’ Meninggal Dunia

Syafiqah Jalal
Disember 21, 2018 23:55 MYT
Pelakon Ruzlan Shah Abdullah yang memegang watak Detektif Wong dalam drama kepolisan bersiri popular Gerak Khas, dilaporkan meninggal dunia semalam.
Berita kematian itu disahkan beberapa rakan artis yang berkongsi khabar duka itu di akaun Instagram masing-masing.
Pengarah Syamsul Yusof antara individu yang rapat dengan Allahyarham, akui tersentak dengan kehilangan pelakon itu yang disifatkan sangat baik dan disenangi ramai.
Rakan pelakon lain dalam Gerak Khas yang bergandingan dengan Allahyarham Sheera Iskandar dan Salina Saibi juga antara yang berkongsi berita tersebut di IG miliknya.
Pemergian pelakon itu mengejutkan banyak pihak dan sehingga berita ini ditulis, punca kematian masih belum diketahui.
Difahamkan mayatnya semalam terakhir berada di HUKM.
#pelakon #Meninggal Dunia #Pelakon #Gerak Khas #Detektif Wong