Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Ramai Ingat Tudung Ni Satu Paksaan…” - Dah Enam Bulan Berhijab, Maryam Kongsi Kisah Berhijrah

Mya Amri
04/07/2023 01:55 MYT
Pempengaruh media sosial, Maryam berkongsi pengalaman berhijab selepas mengambil keputusan untuk mengubah penampilannya enam bulan lalu.

Menurut Maryam, sejak mengenakan hijab, ramai yang tersalah anggap dan menyangka dirinya melakukan perubahan itu kerana terpaksa.

Bagaimanapun lama kelamaan, tanggapan itu hilang selepas melihat Maryam gembira dengan perubahan dirinya.

“Maryam nak cerita ni semua, pada mulanya keluarga dan kawan kawan Maryam muslim dan juga bukan muslim ramai ingat tudung ni adalah satu paksaan (forcing) dan tak boleh bebas berpakaian dah

“Tapi Maryam pun baru je pakai tudung enam bulan sejak Januari.

“Alhamdulillah, ramai kawan-kawan Maryam walaupun bukan muslim pun perlahan-lahan nampak dan rasa hijab ni bukan paksaan dan bukannya tak boleh bebas dalam berpakaian.

“Bermacam jenis cara kita boleh memakainya… Perlahan-lahan kita cuba. Alhamdulilah Maryam gembira dapat buat mereka dan juga followers rasa hijab ini bukan paksaan. Maryam sayang semua,” coretnya.

A post shared by Maryam Younarae (@maryamyunrrr)

Sementara itu, di ruangan komen pula rata-rata pengikutnya mendoakan semoga Maryam sentiasa cekalkan hati dan istiqomah dalam berhijab.

BACA: “Tak Rasa Panas Bila Saya Ikhlas Pakai Tudung” - Cantiknya Maryam Berhijab, Ramai Doa Semoga Istiqomah

BACA: “Anda Rasa Duit Boleh Beli Segalanya Ke?” - Maryam Kecewa, Jenama Terkenal Tak Hormat Siap Suruh Buka Tudung Untuk Photoshoot

Untuk rekod, Maryam dan suaminya, Ryzal Ibrahim atau lebih dikenali sebagai pasangan Duriankimchi telah mendirikan rumah tangga pada 2019 di Korea Selatan sebelum mengambil keputusan untuk pulang ke Malaysia pada 2020.

Selepas lebih setahun mendirikan rumah tangga, Ryzal dan Maryam dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang diberi nama, Rina.

#Tudung #Hijab #Maryam #Maryam Ryzal #Duriankimchi #Maryam You Narae
;